Harga sebuah kasih sayang

1.

Petang itu jiran katil saya seorang lelaki cina berusia sekitar tujuh puluhan. Kecil orangnya. Kerenahnya seperti orang tua lain ketika sakit. Dia cuma meragam nak balik. Sudahlah di tangan dan badannya penuh dengan tiub pada saluran kencing dan buah pinggang. Tapi lasaknya merimaskan. Namun kesabaran nurse memberikan saya satu keinsafan bahawa tugas mereka cukup mencabar.

Ketika waktu lawatan petang itu anak-anak berkata bapanya pernah kena stroke sebab tu ingatannya sesekali hilang. Malam itu dia tidur dengan nyenyak tanpa banyak kerenah. Sesekali saya terbangun dapat melihat dia tidur dengan nyenyak. Syukur.

2.

Pesakit ini sudah banyak hari berada di Hospital Canselor Tuanku Maukhriz (HCTM). Dia banyak tidur kerana doctor belum membuat keputusan apa sakitnya. Makan kurang selera. Katanya sakit tidak tertahan. Pasukan doctor sering bertemunya. Namun saya tak tahu apa pengakhirannya. Begitulah putaran kehidupan seseorang jika berada di hospital. Sering kali jika saya ke bilik air akan melintasi katilnya. Dia melihat dengan renungan mata penuh mengharap agar ada penyelesaian.

Sehingga  saya dibenarkan keluar dia masih di situ. Namun oleh kerana kami masing-masing sakit maka apakan daya, pasrah sajalah.

3.

Selepas saya dipindahkan dari wad separa kritikal, saya dipindahkan semula ke katil 22 wad 5D. Menahan sakit usahlah diceritakan lagi. Selepas subuh Nurse akan mengambil darah, memasukkan antibiotik menerusi tangan kanan. Pedihnya Allah sahaja yang tahu. Tahan sajalah. Tugas petugas wad selepas itu ialah menyalin pakaian pesakit, menukar cadar. Soal menjaga kebersihan diutamakan.

Bayangkan dengan beberapa tiub ditangan kami terpakasa bergerak. Tapi memang perlu ada pergerakkan kerana kalau tidak pasti kita akan mendapat penyakit lain pula. Pergerakkan sebahagian trapi saraf. Saya harus puji kecekapan petugas. Saya faham mereka letih tambahan di bulan puasa. Meninggalkan keluarga demi tugas menjaga pesakit

Kalau kita kata mereka bertugas kerana sesuap nasi, namun setelah berada enam hari lima malam di katil hospital siapa lagi yang harus kita minta bantuan. Saya tidak membenarkan isteri dan anak-anak menemani saya kerana kasihan kerana menereka berpuasa. Lagi pun saya tidur sepanjang masa. Kalau memerlukan pertolongan pastinya petugas telah sedia membantu. Oleh itu jika isteri tidur di wad dengan hanya berbaring samada di lantai pastinya menyiksakan saja.

Allah memberikan kita sakit tapi masih dengan kasih sayang. Itu sahaja yang saya fikirkan. Allah memberikan saya sakit tapi saya tetap mendapat kasih dan sayang dianugerahkan oleh Ilahi.


Sila klik Baca cacatan seterusnya

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah