Wabak Denggi

Kisah Denggi memang menyeramkan saya. Puteri saya telah mengidap Denggi hampir setahun lalu. Saya ketika itu diganggu resah kerana puteri kedua dimasukkan ke ICU Hospital Serdang, Selangor selama 4 hari 3 malam. Kisah itu telah saya catatkan di <sila klik>

Pada hemat saya eloklah kita fikirkan kaedah pencegahan yang mampu dilakukan seperti telah sedia maklum sebelum ini seperti tidur dalam kelambu, sembur racun nyamuk, musnah tempat pebiakan dan sebagainya.

  1. Jangan buka pintu dan tingkap sekitar jam 5 petang hingga 8 malam.
  2. Jangan keluar rumah ketika hampir malam. Rasullah SAW sendiri dalam hadithnya melarang kita keluar ketika itu kerana ramai makhluk halus berkeliaran. Pastinya makhluk halus itu termasuk nyamuk Aedes!
  3. Jangan tidur selepas Asar. Selain dapat penyakit tidak siuman dan lemah fikiran ia juga ada kaitan dengan aktifnya nyamuk Aedes waktu itu.
  4. Jangan tidur selepas Subuh. Selain akan dapat penyakit malas, ia juga ada kaitan dengan kegiatan nyamuk Aedes.

Itu antara senarai yang harus kita buat selain dasar menjaga hak jiran dan sebagainya dengan menjaga persekitaran yang bersih kerana kita tahu nyamuk boleh terbang jauh.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah