KENAPA PERCUMA?:

Ayat sekima yang sering meneroka di benak orang terkejut melihat saya mengadakan kursus fotografi secara percuma sejak akhir-akhir ini. Tidak teras rugi ke mengadakan kursus percuma? Misalnya perlu tanggung bebanan kos perjalanan dengan kereta dan kos tol, tempat tinggal. Kebanyakkan program saya pasti akan membawa keluarga. Kalau mengambil kira bayaran, pastinya saya akan dapat imbuhan yang lumayan!
Saya telah mengadakan kursus ini pada Disember 2013 di daerah kesayangan saya Sik Kedah.

Sambutannya cukup besar. Peserta yang datang dari seluruh Kedah. Mereka dahagakan ilmu, mereka dahagakan rangkaian kawan dan sahabat. Malahan apabila saya yang hadir dari UKM Bangi dilihat sebagai satu rahmat kepada mereka. Anda tahu? Seorang rakan sanggup mengirimkan sejumlah wang ke akuan saya untuk tujuan jamuan...menitis air mata saya penuh syahdu apabila melihat sejumlah wang begitu besar.

Saya mendapat sokongan yang positif apabila pegawai kanan UKM memberi sokongan diatas usaha ini. Malahan bagi saya ia kerana UKM nama hebat yang melonjakkan nama saya sebagai Jurufoto kerdil.
Saya pernah menganjurkan kursus untuk masyarakat setempat di Bangi dengan yuran cuma RM 50.00! Sahabat saya Ismail Ibrahim memberi sokongan padu. Kami buat seminggu sekali setiap hari Sabtu.
Lihat, 14 dan 15 Jun 2014 saya diberi kerjasama oleh Jabatan Belia dan Sukan Seri Iskandar Perak. Asalnya saya hendak mengadakan program ini di Bandar Seri Iskandar, Perak namun Majlis Belia daerah tersebut menganjurkan program ini di Pulau Pangkor.

Kenapa percuma? Saya akan bersara pada 17 April 2018......Pada hemat saya selepas bersara, saya bukan lagi seorang Jurufoto...orang tidak akan kenal dengan Raai Osman seorang Jurufoto. Saya akan melalui usia emas (ketika itu) sebagai orang pencen seperti orang lain. Ketika itu saya tidak boleh berbicara sebagai Jurufoto.....

Oleh itu mengambil keputusan tahun 2013 hingga 2017 adalah tahun-tahun akhir saya mencurah apa saja pengalaman walaupun orang tidak mencari. Insyallah jika diizinkan olehNya (Allah) saya dapat menjejakkan kaki sehingga bumi Sabah untuk tujuan ini. Terimalah saya seadanya. Malahan inilah hadiah persaraan saya paling manis selepas tahun 2018.....

Kepada rakan-rakan profesional, usah risau dengan usaha saya. Sebenarnya hasil program ini banyak mengundang pertanyaan untuk mengadakan kursus lanjutan. Saya ada mencadangkan mereka mengikuti dari profesional lain yang juga rakan-rakan dan guru-guru saya.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah