Fotografi hari ini di Malaysia.

10 Mei 2014: Saya hadir semalam di Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, Kuala Kubu bahru (IKBN Peretak), Selangor selaku Naib Yang DiPertua Persatuan Alumni IKBN Peretak. Bukan sebagai Juri.

Tetapi penilaian saya terhadap gambar-gambar yang dipamerkan oleh semua peserta (pelajar tahap 3 kursus fotografi) tetap ada. Apabila saya ditanya oleh Pengarah IKBN Peretak Tuan Haji Wan Salam bagaimana dengan mutu karya? Saya jawab, cukup cemerlang!.



Sejak saya meninggalkan IKBN Peretak pada tahun 1977, inilah kali pertama saya dapat melihat sambil membuat penilaian tidak rasmi. Kesemua karya mampu melonjakkan mutu fotografi di Malaysia. Mereka datang dari hasil didikan tenaga pengajar yang terbaik. Mereka menghasilkan karya dari bakat, ilmu dan kemampuan terbaik.

Seperti kata Tuan Haji Saari selaku Pegarah Bahagian Latihan Kementerian Belia dan Sukan dalam ucapan perasmiannya, karya-karya seperti ini perlu dibawa ke Kuala Lumpur dengan membuat pemeran di galeri seni yang banyak di sana. Dengan cara begitu pelajar mampu mempromosi karya dan diri mereka.

Menjadi orang yang berjaya adalah orang yang harus berani mencari kelaianan, justeru menurut Haji Saari, pelajar harus meneroka banyak bidang dalam fotografi dan bukan hanya terhad kepada satu bidang sahaja.

Pada hemat saya, kerajaan, badan-badan berautoriti perlu mengubah minda dengan hanya memikirkan orang luar dari Malaysia lebih hebat. Kita ramai anak-anak muda yang mampu menghasilkan karya foto terhebat. Kenapa kita perlu membelakang anak-anak tempatan sedangkan kita telah melatih ramai anak-anak muda dengan jutaan ringgit tetapi apabila memberikan projek besar orang luar yang dapat habuan?

Saya yang hadir bersama barisan ajk persatuan amat kagum dengan usaha IKBN Peretak. Malahan kami yang terdiri dari alumni kursus fotografi amat menyanjungi bakat yang ditunjukkan oleh adik-adik ini.

RaaiMan.
> Naib Yang DiPertuan Persatuan Alumni IKBN Peretak.
> Jurufoto Kanan, UKM.
> Ketua Hakim Anugerah Kewartawanan Foto 2014 anjuran Malaysian Press Institut
> Penceramah Fotografi | Penceramah Kursus Fotografi Forensik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah