08 Februari 2014

Petikan dari Portal Berita UKM

Anggota PALAPES Mempunyai Kelebihan Antara Semua Pelajar 

Selasa, 11 Februari 2014 16:48
Cetak PDF
Oleh Raai Osman
Foto Raai Osman
BENTONG, 5 Feb 2014 - Pelajar yang menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) mempunyai kelebihan dari graduan lain kerana pengalaman ketenteraan yang mereka timba membolehkan mereka cemerlang di mana saja mereka berkhidmat.
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berbangga dengan pencapaian mereka ketika melawat khemah latihan Palapes UKM-USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) di sini hari ini. Pelatih itu baru sahaja selesai menjalini latihan tahunan mereka di Mempaga di sini hari ini.
Prof Noor Azlan selaku Komandan PALAPES UKM telah melawat kelima-lima khemah latihan enam hari mereka itu yang berakhir hari ini.
Khemah-khemah itu menempatkan tiga peringkat anggota kadet UKM–USIM ia itu Peringkat Awal, Menengah dan Senior.
Pegawai di peringkat Junior menjalani latihan hutan dan  ‘peperangan melawan gerila’ seperti mendudukki pengkalan hutan, ronda tinjau, serang hendap dan serangan khemah musuh.
Sementara diperingkat Intermediate dan Senior pula mereka melaksanakan empat fasa dalam Peperangan Terbuka (Conventional Warfare) iaitu fasa mara, pertahanan, berundur dan serangan.
Penilaian di tumpukan kepada peringkat pegawai kadet Senior kerana latihan mereka itu akan menentukan mereka lulus atau tidak untuk ditauliahkan di Hari Pentauliahan Pegawai Kadet PALAPES IPT pada Julai 2014 nanti.
Datuk Noor Azlan berkata pelajar yang menganggotai  PALAPES akan menjadi berjaya untuk menempuh cabaran.
Sekiranya cabaran keras di khemah itu mereka mampu lakukan, tidak mustahil mereka juga boleh lakukan seumpama di dunia luar kampus setelah tamat pengajian kelak. Beliau berharap agar masyarakat kampus dapat mengetahui mengenai PALAPES dan UKM dapat mengadakan satu program gempur kampus untuk memperkenalkan PALAPES kepada semua pelajar.
Turut hadir di upacara tersebut ialah Timbalan Komandan Prof Madya Shamsul Abadi dan Leftenen Kolonel PALAPES Mohd Sahar bin Haji Saidi.

 


Petikan dari: http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-kampus/1687-rotu-participants-have-competitive-advantage-over-other-students.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Galeri

Awas! Keretapi nak melintas.

Pernah naik keretapi? Keretapi cara lama yang memenatkan! Mungkin itu ungkapan yang pernah kita dengar. Sebelum tahun 1995 tidak semua ora...