Petikan berita UKM: Khimat Masyarakat Fotografi di Sik Kedah

Jurufoto UKM Memberi Bengkel Fotografi Percuma

Isnin, 13 Januari 2014 00:00
Cetak PDF
Oleh Shahfizal Musa
Foto Pelajar Bengkel
BANGI, 4 Jan 2014 - Lebih dari 30 orang belia dari seluruh Kedah menerima latihan fotografi percuma di Sik, Kedah hasil usaha seorang Jurufoto Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Bengkel percuma itu adalah hasil inisiatif jurufoto Portal Berita UKM, Abdul Raai Osman yang terpanggil untuk memberi sumbangan kepada masyarakat kampungnya ketika sedang bercuti bagi membolehkan belia di situ menjana pendapatan sendiri.
Beliau mendapat idea mengadakan bengkel itu selepas mendengar saranan yang dianjurkan beberapa pemimpin UKM mengenai betapa pentingnya warga UKM melibatkan diri dalam masyarakat.
Usaha beliau mengambarkan bagaimana setiap warga UKM tanpa mengira pangkat atau latar belakang boleh memberi sumbangan kepada masyarakat kalau ada kemahuan.
Raai berkata beliau bukanlah seorang intelektual dan tidak memegang jawatan tinggi dalam universiti dan salah satu cara untuk memberi sumbangan adalah dengan berkongsi pengalaman kerja yang di timbanya di UKM selama lebih 35 tahun.
“Saya hanya ada 4 tahun lagi di UKM sebelum persaraan. Saya ingin memastikan saya boleh memberi sumbangan pada masyarakat dan sekali gus menaikkan nama baik UKM,” kata Raai.
Bengkel dua hari itu telah dijayakan dengan kerjasama Persatuan Rekreasi Sik dan Pejabat Belia dan Sukan Sik untuk melatih belia dalam pelbagai aspek teori dan praktikal mengambil gambar.
Raai turut mengambil peluang itu untuk mempromosikan kecermelangan UKM dengan mengedarkan brosurnya kepada peserta. Beliau mengesa mereka agar memilih UKM sekiranya ingin melanjutkan pelajaran.
Ahli Dewan Undangan Kedah kawasan Jeneri, En Mahadzir Haji Abdul Hamid turut hadir pada sebahagian bengkel itu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah