27 Ogos 2013

Resort Kitar Semula 2

Kitar semula bahan-bahan terbuang bukanlah satu perkara baharu. Namun untuk melakukan kitar semula harus ada tenaga kerja yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Ya lah, bahan yang dalam kategori sampah harus digubah semula menjadi satu karya yang bermutu tinggi.



Di The Frangipani Langkawi.banyak bahan-bahan yang kita anggap sampah dikitar semula dan hasilnya amat bermutu sekali. The Frangipani Langkawi. memiliki artis yang berinovasi. Segala botol-botol minuman dihasilkan semula sebagai hiasan samada dalam bilik penginapan mahupun bilik air.


Begitu juga botol-botol air mineral digubah menjadi hiasan yang menawan kepada pengunjung.

Kulit kelapa muda yang telah bertaraf sampah digubah menjadi bekas abu rokok (merokok merbahayakan kesihatan...).

Pada hemat saya, idea ini boleh digunakan oleh sesiapa asalkan memiliki daya kreativiti yang tinggi.

Kerana selama ini kita malu untuk menjadi pemungut sampah, kerana  akan menjadi satu bebanan jika sampah itu telah banyak. Namun resort ini telah menyediakan satu kawasan menyimpan sampah dan akan digunakan semula apabila perlu.




     

Bagi saya resort ini menggunakan kaedah kitar semula yang berprinsip berjimat. Misalnya air hujan telah disimpan dalam tong-tong khas. Ia akan gunakan untuk keperluan di bilik air untuk keperluan Istinjak. Air dari saluran Aircond juga di tadah dalam tong-tong cat terpakai untuk kegunaan menyiram pokok-pokok bunga dan ulam-ulaman.

Artikel ini  saya tulis berdasarkan taklimat ringkas oleh pegawai resort berkenaan. Malahan ketika berehat selepas berjalan keliling kawasan resort kami dihidangkan dengan juadah kuih dari pucuk daun  Semalu goreng dan  Bunga Kemboja goreng. Enak dan saya tidak pernah terfikir petang itu dapat menjamah juadah yang amat enak dari Chef resort tersebut.



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jika Allah telah tentukan takdirnya

Puan Norhayati keluar membeli barang di pasar. Suaminya Mohamad Irwan sedang bertugas sewaktu itu. Dikabarkan ombak besar melanda kampungnya...