Resort Kitar Semula 1

"Resort  kami harganya mahal", kata  Puan Zuraidah Zainal Abidin yang berjawatan Enviroment Education Manager di The Frangipani Langkawi. Paling murah RM400. Saya diberitahu ada yang melebihi seribu ringgit Malaysia. Saya berbisik kepada ahli rombongan kalau  RM400 boleh sewa sebuah aparment untuk tinggal satu malam dan boleh duduk dalam 4 hingga 8 orang.

Namun setelah saya dan pelajar-pelajar program Mobiliti Pelajar Antarabangsa-UKM dibawa melawat sekitar resort itu saya mula berkata kalau RM400 masih murah!

Harga resort ini harganya melebihi seribu ringgit Malaysia.
Ketika Puan Priscilla membawa kumpulan saya melawat beberapa kawasan kami diberi taklimat bagaimana resort ini melakukan kitar semula. Saya amat tertarik cara kitar semula dilakukan. Kawasan belakang resort ini terdapat proses kitar semula yang dilakukan hampir sama dengan kaedah proses kumbahan orang-orang melayu di kampung sebelum ini.

Ia hampir sama dengan kaedah kitar semula Air Limbah ( atau Air Acar kata orang Utara ). Proses kitar semula bermula dengan air sisa masuk ke dalam sebuah longkang. air ini termasuk air dari bilik air, dapur dan mesin dobi. Penapisan agak sederhana namun kitaran biologi telah digunakan dengan tanaman sejenis rumpai pada peringkat pertama kemudiam pada peringkat kedua ialah tanaman pokok Keladi Cina.

Prosesnya amat ringkas dan amat murah. Resort ini mampu menapis dan membersihkan air kumbahan sebelum masuk ke sungai yang akhirnya dilepaskan ke laut yang berhampiran.

Dengan memproses air kumbahan terlebih dahulu maka resort ini yakin air yang buang adalah air yang telah ditapis terlebih dahulu. Cara begini mampu membantu  agar air laut tidak tercemar. Pada hemat saya, proses mengitar air kumbahan ini amat murah dan boleh digunakan oleh mana-mana pihak untuk tujuan menjaga alam sekitar.

Jika anda berminat untuk melihat kaedah ini lebih dekat sila lihat http://www.frangipanilangkawi.com/ 


Air kumbahan masuk ke takungan


Takungan pertama

Penapisan pertama dengan sejenis rumpai

Air kumbahan ditapis

Tebing takungan ditanam pokok Pandan untuk menghilang bau busuk

Tapisan ketiga


Pokok Keladi Cina berperanan sebagai penapis


Air kumbahan yang melepasi proses penapisan mampu untuk ternakan ikan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah