Anak yatim

Saya menjadi anak yatim ketika usia 11 tahun setelah ayah kembali ke Rahmatollah. Tepat pandangan pakar psikologi kematian merupakan satu peristiwa yang sukar dilupai. Kematian amat memeritkan untuk dikenangan. Bagi saya mengalami kematian seorang ayah ketika usia saya 11 tahun amat sukar untuk dilupakan kerana ketika seusia itu saya sudah merasai kasih sayang dan budi ayah.

Masih saya ingat ayah mengajar berpuasa. Ayah pernah membawa saya keluar ke bandar dan mencari kedai makan kerana saya lapar. Di dalam kedai terdapat ramai orang dewasa menjamu selera kerana tidak berpuasa. Ayah kata mereka uzur. Waktu itu saya tidak faham hukum maka saya hanya melihat mereka menjamu selera begitu enak!

Ayah pernah berpesan, jangan buat jahat. Jangan bunuh binatang ketika berpuasa. Mana saya tahu apa  sebabnya. Kesan nasihat itu sehingga kini saya jadi simpati kepada semua haiwan walaupun seekor ular yang sedang melintasi jalan ketika memandu kereta.

Masih ingat ayah pernah berpesan kepada emak agar menghantar saya mengaji di sekolah pondok agar saya boleh menjadi guru agama. Akhirnya saya faham setelah menjumpai beberapa buku catatan  bertulisan jawi ketika arwah pernah belajar dengan seorang guru agama.

Kesukaran menjadi anak yatim ialah ketika melihat kawan-kawan memiliki ayah. Malahan semua ayah mereka saya anggap macam ayah sendiri walaupun mereka tidak ketahui. Saya hanya berkata di dalam hati, " sahabat ..izinkan aku menumpang ayahmu...". Sebab itu saya ramai ayah angkat yang tidak diisytihar secara lisan. Namun saya fikir mereka faham kerana riaksi saya. Segala teguran mereka saya ingat hingga kini dan Insyallah hingga akhir hayat!

Ketika ayah meninggal dunia, saya sedang demam panas. Badan saya lemah ketika melihat jasad ayah diturunkan ke liang lahad. Saya hanya melihat dari jauh jasad yang selimuti kain kafan diturunkan untuk disemadikan di alam barzah....Ohh saya tiada lagi ayah. Hingga kini sekiranya saya menziarahi sesiapa sahaja yang meninggal dunia paling tidak dapat saya lihat ialah keadaan anak-anak mereka yang kesayuan/kepiluan disaat itu.

Justeru, keadaan sekarang amat baik. Anak-anak yatim dipelihara dengan baik oleh kita. Ada rumah amal atau pihak yang mengambil berat mengenai nasib dan masa depan. Ya, anak-anak yatim harus dijaga perasaan mereka. Jika anak-anak yatim yang ketiadaan ibu ayah ketika masih kecil mungkin perasaan mereka tidak seperti yang sudah remaja. Jaga jiwa mereka. Seandainya ada anak-anak yatim yang dirampas kasih sayang seperti ayah kawin lagi, emak kawin lagi mungkin perasaan mereka akan musnah.

Syukur andainya anda adalah penganjur majlis seperti ini.
 Harta, jangan rampas hak mereka. Pelihara harta mereka, jangan rampas hak mereka kerana mereka harus hidup dengan peninggalan harta itu. Islam sendiri meletakkan hukum, merampas harta anak-anak yatim berdosa besar.

Saya pernah melihat dan mendengar kisah-kisah harta anak-anak yatim dirampas dengan kejam dengan berbagai cara yang kasar atau halus.

Ada pihak-pihak yang menggunakan nama anak-anak yatim untuk memungut derma maka mereka harus amanah. Jangan menggunakan nama yatim ketika memungut derma/sedekah, tetapi hasil kutipan diselewengkan. itu pada saya amat mendukacitakan.

Ingat firman Allah dalam Surah AN NISAA' (WANITA)



waaatuu alyataamaa amwaalahum walaa tatabaddaluu alkhabiitsa bialththhayyibi walaa ta/kuluu amwaalahum ilaa amwaalikum innahu kaana huuban kabiiraan

[4:2] Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang sudah balig) harta mereka, jangan kamu menukar yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta mereka bersama hartamu. Sesungguhnya tindakan-tindakan (menukar dan memakan) itu, adalah dosa yang besar.
Ingatlah, saya bukan seorang ustaz, namun pengalaman hidup merasi bagaimana menjadi anak yatim amat sukar dan panjang untuk diceritakan dalam warkah ini.....@Raaiosman  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah