Langkau ke kandungan utama

Kurangkan Alasan

 Tahun 2013 saya telah dianugerahkan satu anugerah yang diluar dari akademik dan disiplin kerjaya saya. Anugerah ini diberikan sempena Anugerahan Inovasi UKM 2013. Saya memenangi kategori Anugerah ICT Individu.

Saya tidak pernah menerima pendidikan ICT secara formal. Saya mengenali komputer secara total ialah pada tahun 1998 setelah membuat pinjaman komputer pertama  dengan UKM.

Pada tahun 1999, saya bangunkan laman web Alam Seni Foto untuk memuatkan nota-nota fotografi dan tujuan asal adalah untuk pelajar program Seni Foto UKM. Saya berjaya mencapai hit 14 ribu pada ketika itu. Rujukan dibuat oleh palajar-pelajar yang mengambil jurusan ini di mana-mana IPT di Malaysia. Laman web berbahasa Melayu pertama ketika itu cukup mendapat sambutan. Maklumlah ketika itu belum wujud blog, laman sosial seperti sekarang.

Sekitar tahun 2005 saya membangunkan laman web untuk Unit Foto Fakulti Sains dan Teknologi UKM. Sambutannya amat baik kerana saya memuatkan semua gambar yang ada kaitan di majlis fakulti tersebut. Sehinggalah setelah saya dinaikkan pangkat di Penerbit UKM pada tahun 2007, saya pindahkan kerja ini ke Unit Foto Penerbit UKM. Sehingga kini laman Lensa Kampus yang alamatnya http://www.ukm.my/jurufoto mempunyai capaian yang tinggi.

Lensa Kampus dilayari oleh sesiapa sahaja yang berminat melihat gambar apa sahaja majlis besar di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mengendalikan Lensa Kampus tidak dibayar apa-apa imbuhan. Saya lakukan secara sukarela dan mendapat sokongan oleh ketua jabatan, pegawai, dan rakan-rakan setugas. Ia bukan laman peribadi, malahan saya jadikan ia sebagai laman rasmi Unit Foto. Kandungan besarnya hanyalah gambar.

Dalam dunia berteknologi tinggi ini saya fikir, kaedah mempamirkan gambar secara maya lebih berkesan. Semua orang boleh lihat di mana sahaja. Warga UKM yang sedang menyambung pelajar di luar negara tidak terasa kesunyian. Malahan mereka mampu melihat apa sahaja yang berlaku di UKM  walaupun berada jauh diperantauan. Tiga atau empat tahun mereka di luar negara masih mampu menikmati suasana kampus UKM.

Saya tidak melakukan yang susah. Saya hanya mengubahsuai perkara biasa kepada perkara yang disukai ramai. Laman web ini sentiasa berubah setiap masa seperti  portal berita. Bezanya Lensa Kampus menghidangkan maklumat bergambar sahaja.

Saya terfikir untuk mencalonkan laman ini dalam anugerah inovasi UKM setelah dicadangkan oleh Prof Dr Noor Inayah Ya'akub, Pengarah Pusat Perancangan Korporat UKM. Syukur Allah mengilhamkan agar saya menang kepada jawatankuasa penilai.

Sebenarnya rentetan sejarah kemenangan ini  saya lalui dalam penuh kepayahan. Saya mengidap sejenis penyakit mata yang memberi kesan bocor di bahagian retina. Kekuatan mata saya hanya di sebelah kanan. Sebagai Jurufoto saya hanya mampu menggunakan mata kanan untuk berkarya.

Saya pernah terbaca kisah orang berpenyakit mampu menghasilkan buku best seller , maka saya berpendirian selagi saya bertugas kenapa harus menpersia-siakan kemahiran dan minat yang ada. Ini anugerah Allah kepada saya. Saya lahir untuk berkarya, maka kesempatan yang ada saya gunakan untuk menghasilkan karya yang berfaedah buat semua orang.

Alhamdulillah Allah memberikan kekuatan buat saya berkarya ada waktunya 12-14 jam sehari di UKM. Lapan jam bukan masa rasmi saya. Malahan Sabtu dan Ahad adalah masa saya di depan PC pejabat. Kepuasan saya bukan wang, tetapi apabila jumlah pelawat meningkat dalam laman Lensa Kampus menjadikan ubat dan penawar kepada diri saya. Gred jawatan bukan penghalang kepada saya tetapi menghasilkan kerja yang melebihi gred jawatan, membuatkan saya merasai kepuasan yang tertinggi.

Pesan saya buat semua rakan-rakan usaha kita ada faedahnya cuma apa yang kita dapat hanya kita sahaja yang tahu kerana Allah memberi bukan banyak, tetapi cukup untuk kadar keperluan kita. Teruskan usaha, kerana usaha kita tidak akan habis selagi kita belum bersara.



################################################################################

Nota: Penghargaan buat Isteri, anak-anak, En Hazrul, Hj Ismail, Ikhwan, Kamarudin Musa (FST), En Faril (PTM UKM) dan rakan-rakan lain yang membantu ilmu kepada saya. Allah sahaja yang memberi rahmat buat kalian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Oleh: Haji Abd. Raai bin Osman PJK: |  KWSP Anda  | Kenali Scammer | Kesihatan Dan Wang Setelah Bersara  | Selepas Lima Tahun Kita Bersara | Seorang yang pernah menjawat jawatan JUSA bersalam dengan saya dan saya mengucapkan selamat bersara. Beliau bertanya macam mana suasana selepas bersara? Saya senyum. Senyuman saya itu membuatkan beliau berkata "seronokkan tak payah fikir apa-apa, boleh lama kat masjid atau surau...", saya ketawa kecil dan mengakui kata-kata tokoh yang baru bersara seminggu. Saya pernah menemui orang yang lebih veteran telah bersara sejak 10, 16 tahun lalu. Mereka bahagia. Ada pula yang saya temui yang baru bersara 2 atau tiga tahun mereka seperti kurang selesa. Itu semua rezeki masing-masing yang sukar kita ramalkan. Paling bahagia ada yang setahun lepas bersara meninggal dunia. Ada rakan saya dalam tempuh belum setahun bersara dapat panggilan menunaikan haji. Lebih menarik ada rakan yang bersara sudah menunaikan haji, melancong ke negara ora

Boria dan Dikir Barat

Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala di Parsi. Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian. Nyanyian boria diketuai oleh seorang tukang karang (biasanya akan memegang tongkat penunjuk ketika menyanyi). Rangkap karangan boria yang hujung sukukatanya sama setiap rangkap kisahnya berkaitan dengan sketsa yang dipersembahkan. Sailor yang terdiri lebih dari enam orang di belakang tukang karang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang tadi. Alat-alat muzik boria telah berubah mengikut peredaran masa. Namun begitu penggunaan alat-alat muzik seperti violin, marwas, gendang panjang, akordian, harmonika adalah digalakkan. (wikipedia). Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang

Empat Jam Dalam Bilik Bedah

Bilik Bedah: Itulah papan tanda yang mengerikan bagi seorang pesakit selain Bilik Mayat! Saya di bawah masuk oleh petugas bilik bedah untuk kali keenam dan kali kedua tahun ini. Ketika masuk suasana bilik bedah sudah jadi biasa walaupun peralatannya jarang diketahui umum. Ini adalah kesekian kali saya akan dibedah tanpa tidur sepenuhnya (bius). Kali ini melibatkan organ jantung. Jika buat BayPass pasti tidur sepenuhnya. Jam sudah 2.30 petang ini bermakna saya sudah puasa 14 jam 30 minit sejak tengahmalam tadi. "Ok tuan saya akan bius" kata doktor dituruti sakit di bahagian celah paha. Tidak lama lepas itu terasa darah mengalir dan saya pasti proses bedah telah bermula. Terasa doktor memasukkan tiub untuk proses Angeogram. Doktor kepada saya selepas itu saluran tuan tersumbut 100%. Sebelum itu 96%. Oh saya beristiqfar. "Baik tuan saya akan Drill selepas masuk bellon". Apa yang saya rasa? Terasalah sedikit sengal di dada. Pastinya di saluran jantung. Takut? Sudah pas