17 Februari 2013

Misi perang

7 Februari 2013 tepat pukul 7.00 pagi saya bergerak ke sebuah ladang kelapa sawit milik Felda di Mempaga, Bentong Pahang. Dengan kenderaaan pacuan empat roda, saya bersama-sama Leftenan Kolonel Mohd Sahar bin Haji Said selaku ketua jurulatih, Leftenan Kolonel Dato Dr Samsul Abadi dan Mejar Dr Jasmy bin Abdul Rahman telah berada di sebuah bukit di ladang Felda Mempaga. "Kau orang semua dah solat Subuh?, tanya Leftenan Kolonel Mohd Sahar bin Haji Said. Itulah soalan yang kerap keluar dari mulut beliau.Bagi saya inilah soalan yang kerap saya dengar baik, Magrib atau mana-mana waktu solat.Walau apa keadaan, solat memang dititik beratkan oleh beliau. Jam di tangan tepat pukul 7.45 pagi, saya kedengaran letupan senjata M16 dari jarak 500 meter. Asap kelihatan menandakan pasukan penyerang telah mara ke bukit kecil itu. Pasukan yang sedang bertahan diarah bersedia. Letupan senjata api semakin bertalu-talu.Manakala suasan semakin hingar bangar dengan letup di sana sini. Pasukan bertahan masih bertahan di dalam kubu yang telah dibina sejak 2 Februari lalu. Jeritan juga kedengaran seperti peperangan sebenar. Itulah gambaran suasana peperangan yang dirancangkan oleh pasukan kadet simpanan UKM dan USIM. Walaupun tidak menggunakan peluru hidup, namun kaedaan asap dan suasananya membuatkan kecut perut bagi mereka yang tidak biasa dengan latihan tersebut. Peperangan itu tamat kira-kira sejam kemudian. Pasukan penilai berpuashati dengan semangat yang ditunjukkan oleh anggota kadet tersebut. Lihat album

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Masih kisah bilik LG104

Masih ingat kisah Bilik LG104 yang saya tulis sebelum ini? ( Baca kat sini sila klik ) Yang mesti semua orang akan ingat misteri bilik itu....