Catatan

Tunjukkan catatan dari April 3, 2011

Hutan untuk siapa?

Imej
Masuk Hutan Simpan Kekal Bangi (HSKB) pada 5 hingga 7 April 2011 lalu terasa berbeza dengan hutan lain yang pernah saya terokai. Walaupun suasana hutannya masih dirasai, namun tidak seperti hutan Kenyir, Lembah Belum Lata Jarum , Hutan Tasik Chini yang pernah saya masuk. Kedengaran bunyi injin kenderaan walaupun berada di dalam hutan. Maklumlah HSKB ini dikelilingi dengan pembangunan. HSKB menjadi seperti pulau. Universiti Kebangsaan Malaysia memiliki hutan simpan yang dikenali sebagai Hutan Simpan Bangi berkeluasan 100 hektar. Hutan ini pernah dibalak beberapa kali antara tahun 1946 hingga 1960-an. Hutan ini telah diserahkan kepada UKM untuk dijadikan kampus pada tahun 1970-an. Rekod terakhir maklumat flora dan fauna Hutan Simpan Bangi lakukan ialah pada tahun 1988 bilamana satu ekspedisi saintifik telah dilakukan. Lebih daripada 100 tesis telah terhasil untuk pengajian  B.Sc. , M.Sc. dan Ph.D  Justeru pada 5 hingga 7 April 2011 satu ekspedisi Hutan Bangi telah dianjurkan

Anai-anai bukan serangga perosak?

Imej
Saya bergurau dengan rakan-rakan ketika melalui rintis di Hutan Bangi dengan mengulangi kata ini " Orang berniaga ketawa, saintis mengalirkan air mata". Kata-kata itu bagaikan bergurau Dr Fazsly Rahim berkata anai-anai bukan pemusnah! " Kalau anai-anai menjadi pemusnah pun hanya satu peratus sahaja". Saya dan rakan-rakan yang bukan saintis dan siswa berpandangan antara satu dengan yang lain. Setiap anai-anai mempunyai tugas. Kumpulan pekerja yang dilindungi keselamatan oleh komandonya Dr Fazsly boleh berkata begitu kerana beliau menjalankan kajian mengenai anai-anai. Hampir tiga puluh minit beliau memberikan kuliah kepra kami mengenai anai-anak yang terdapat di perdu sebuah pokok balak. Menurut Dr Fazsly tentera Jepun mengkaji bagaimana anai-anai bekerja di Pasoh sebelum menyerang Tanah Melayu dengan bala Tentera ke-25 pada 8 Disember 1941. Haiwan termasuk serangga banyak memainkan peranan menyampaikan ilham kepada manusia. Gagak adalah haiwan yang meng

Kejaiban hutan di waktu malam

Imej
Ketika saya memberitahu nak masuk hutan pada malam 5 April lalu, muka isteri dan anak-anak berubah. Mana tidaknya selalunya saya akan bertugas di hotel, Dewan Tun Canselor, ini lain pula nak masuk hutan. Tambahan malam itu hujan baru sahaja reda.  Perasaan geli harus dibuang bagi pelajar yang mengkaji haiwan ini. Saya mengambil keputusan menyertai kumpulan Prof. Madya Dr Norhayati Ahmad petang itu untuk melihat bagaimana beliau bekerja menyelidik bersama-sama pelajar-pelajarnya. Bukan pensyarah lelaki, tetapi seorang wanita. Paling menarik, pelajarnya juga gadis yang berwajah ayu dan manis. Siapa yang tidak terkejut kalau diceritakan itulah kumpulan Dr Yati. Masuk hutan mencari apa? Jawab saya, mencari katak atau ular. Malam sebenarnya adalah masa untuk berehat oleh manusia setelah penat bekerja di siang hari. Disamping berehat, kita disuruh beribadat kepada Allah. Habis untuk apa nak masuk hutan? Sudah lama saya mencari peluang keemasan begini. Merakam gambar diwaktu malam d