08 April 2011

Anai-anai bukan serangga perosak?

Saya bergurau dengan rakan-rakan ketika melalui rintis di Hutan Bangi dengan mengulangi kata ini " Orang berniaga ketawa, saintis mengalirkan air mata". Kata-kata itu bagaikan bergurau

Dr Fazsly Rahim berkata anai-anai bukan pemusnah! " Kalau anai-anai menjadi pemusnah pun hanya satu peratus sahaja". Saya dan rakan-rakan yang bukan saintis dan siswa berpandangan antara satu dengan yang lain.

Setiap anai-anai mempunyai tugas.

Kumpulan pekerja yang dilindungi keselamatan oleh komandonya


Dr Fazsly boleh berkata begitu kerana beliau menjalankan kajian mengenai anai-anai. Hampir tiga puluh minit beliau memberikan kuliah kepra kami mengenai anai-anak yang terdapat di perdu sebuah pokok balak.

Menurut Dr Fazsly tentera Jepun mengkaji bagaimana anai-anai bekerja di Pasoh sebelum menyerang Tanah Melayu dengan bala Tentera ke-25 pada 8 Disember 1941.

Haiwan termasuk serangga banyak memainkan peranan menyampaikan ilham kepada manusia. Gagak adalah haiwan yang mengajar Qabil bagaimana untuk kebumikan Habil selepas adiknya dibunuh.

Oleh itu kajian mengenai haiwan banyak membantu manusia merealisasikan tamadun moden. Ini bukan bermakna manusia tidak bijak, malahan Allah sendiri telah memartabatkan manusia lebih mulia daripada makhluk lain dengan kurniaan akal.

Apa kaitan anai-anai dengan manusia? anai-anai dikatakan memiliki kekuatan komuniti yang padu. Mempunyai ratu yang tidak keluar ke mana-mana. Namun anai-anai memiliki  jutaan pekerja, tentera, pra medik, komando yang lengkap.

Allah memperlihatkan kekuasaannya kepada sekumpulan peserta Ekspedisi Hutan Bangi yang telah diadakan pada 5 hingga 7 April 2011 yang lalu. 

Dr Fazsly ketika menerangkan peranan dan perjalanan hidup ana-anai. Sebelum kumpulan anai-anai yang bertaraf pekerja keluar dari sarang, sepasukan peninjau akan keluar terlebih dahulu. Bebentuk seperti seorang membawa alat pengesan anai-anai peninjua ini akan keluar bagi memastikan keadaan di luar selamat atau tidak.


Setelah terjamin akan keselamatan mereka maka anai-anai pekerja akan keluar dari sarang. Dr Fazsly berkata kejadian berlaku sebelum Maqrib.

Proses kehidupan anai-anai akan berlaku sehingga waktu tengahari. Apa yang mengagumkan ialah ketika penerangan Dr Fazsly berlaku kumpulan anai-anai semakin berkurangan. Akhirnya tinggal beberapa ekor sahaja dipanggil sebagai pasukan komando di luar sarang. Kumpulan pekerja telah selamat masuk ke sarang.

Kami yang berada di pangkal pokok balak itu terpegun dengan peristiwa tersebut.

Penulis dan rakan-rakan beruntung kerana Dr Fazsly menghuraikan peranan anai-anai dan telah mengubah tanggapan kami terhadap serangga tersebut.

"Anai-anai bukan perosak. Kalau ada pun hanya dalam satu peratus sahaja. Anai-anai menghapuskan kayu-kayu yang bermasalah dan sakit"



Dr Fazsly yang dikenali dalam rancangan Hasratun   di TV1 RTM, berkata kalau hendak mencegah anai-anai ialah dengan menggunakan proses semulajadi.




 Lihat vedio yang berkaitan: Sila klik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Galeri

Awas! Keretapi nak melintas.

Pernah naik keretapi? Keretapi cara lama yang memenatkan! Mungkin itu ungkapan yang pernah kita dengar. Sebelum tahun 1995 tidak semua ora...