Hak peribadi, kelurga dan ketua jabatan


Profesor Dr Kamarudin M Said dalam ucapannya sewaktu merasmikan Hari Keluarga Penerbit UKM ada mengungkapkan kata berikut, "Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada isteri dan suami serta anak-anak yang memahami budaya kerja suami, isteri dan ayah. Mereka ini bekerja tanpa mengira masa, ada waktunya tidak pulang ke rumah hampir seminggu kerana menjalankan tugas demi UKM khasnya".

Dalam satu perhimpunan yang besar kerenah tetap wujud
yang menguji kesabaran antara satu dengan yang lain.

Menurut Prof Kamarudin, budaya kerja ini menjadi satu kebiasaan kepada warga Penerbit UKM lebih-lebih lagi apabila melibatkan majlis-majlis besar yang akan dilangsungkan atau sedang berlangsung.
Andai beberapa tahun dulu membawa anak, kini
mendukung cucu pula
Lazimnya warga Penerbit UKM sudah biasa berkampung, tidur dalam satu bilik hotel mahupunhj chalet apabila menjalankan tugas di luar kampus. Namun mengumpulkan staff bersama keluarga hanya mampu dilakukan sesekali sahaja, justeru apabila satu majlis hari keluarga dapat dilakukan maka satu suntikan baru akan berlaku.
Kemesraan boleh disemai dalam satu perhimpunan yang besar.
Kami di Penerbit UKM mempunyai beberapa unit seperti Editorial, Grafik, Multimedia (foto dan vedio) Percetakan dan Kedai Buku. Ada waktunya unit-unit menghadapi kesibukan yang memuncak ketika UKM menganjurkan majlis-majlis besar. Maka waktu beginilah terdapat staff yang tidak ada masa di rumah. Manakan tidak, andainya majlis itu akan diadakan pada hari Isnin atau Selasa, sudah pasti Unit Cetak akan beroperasi pada tahap tinggi. Mereka akan berkampung sampai malam untuk menyiapkan bahan cetak untuk acara tersebut.
Begitu juga Unit Vedio, ketika majlis berlangsung di Dewan Canselor mereka perlu merakam vedio di majlis itu maka Dectar adalah rumah mereka.

Buat Unit Foto ada waktu-waktu tertentu akan keluar daerah untuk merakam aktiviti yang melibatkan UKM selama seminggu. Sudah pasti jadual kerja begini akan melibatkan perpisahan sementara dengan keluarga demi tugas.

Manakala Unit Grafik merupakan pihak awal yang akan mereka bentuk poster, buku acara dan sebagainya. Oleh itu usaha mencipta hasil karya tersebut memerlukan satu sokongan padu dari keluarga kerana ada waktunya mereka perlu membawa pulang kerja ke rumah.

Bahagian Editorial merupakan pihak yang bertanggungjawab mengedit dan menyusun menuskrip dari peringkat awal sehingga buku tersebut dapat diterbitkan.

Staff  di Kedai Buku UKM merupakan pihak yang harus bekerja di luar daerah untuk memasarkan buku-buku tersebut.

Mungkin dengan senarai tugas begini membuatkan Prof Kamarudin selaku Pengarah Penerbit menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada keluarga staff beliau. Walaupun pada hakikatnya semua keluarga staff sudah maklum dengan budaya kerja begini, numun kerana ucapan demikian ia lebih berharga dari wang ringgit yang diperolehi menerusi gaji, imbuhan alaun lebih masa dan sebagainya. Malahan terdapat staff yang beristeri atau bersuamikan staff UKM juga namun dengan perhargaan terima kasih oleh seorang ketua ia menjadikan satu suntikan semangat kepada warga Penerbit UKM.

Kesempatan begini memboleh gurau senda
tanpa protokol boleh dilakukan


Menjadi kelaziman budaya begini akan terus dipupuk sehingga seseorang itu bersara. Menghindarkan perasaan jemu, tertekan harus dilakukan. Sebab itu saya sendiri ketika mula menjejakkan kaki ke Penerbit UKM telah berpesan kepada keluarga terutamanya isteri, masa kerja saya telah berubah. Bekerja secara berterusan selama lebih empat belas jam, bertugas tanpa rehat selama dua atau tiga minggu tanpa berehat pada hari Sabtu dan Ahad sudah menjadi kebiasaan buat saya.


Ada kata-kata yang biasa kita dengar, kejayaan seorang suami ada isteri di belakangnya. Maka ungkapan itu boleh diubah dengan mengatakan kejayaan seorang isteri, ada suami dibelakangnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah