Dr Palson

7.30 pagi 25 Jun: Mengambil Murtada di Kolej Ibrahim Yaakop UKM. Saya hantar Murtada di Balai Berlepas LCC. Beliau pelajar yang saya pilih untuk mengikuti program fotografi anjuran Masum di Universiti Malaysia Sabah.

8.30 pagi: Singgah di Hentian Rehat Dengkil kerana ingin bersarapan sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Kubu Bharu. Mata seperti biasa memilih apakah jenis sarapan hari ini. Kelibat seorang lelaki memberikan senyuman yang biasanya saya tidak mengeciwakan. Agak terkejut bila lelaki itu menyebut nama saya. Dia memberikan salam sambil berjabat tangan. Namun salamnya belum saya jawab, tetapi hati berdetik ingin tahu.

"Saya sudah memeluk Islam tahun 2008",
"Oh......waalaikummussalam.....Sambil memegang kedua bahunya. Alhamdulillah...syukur....saya bersuara dengan agak tinggi apabila Prof Madya Dr. Palsan Sannasi Abdullah menceritakan segala-galnya. Beliau sudah berkahwin dan hari itu dia dalam perjalanan ke Kedah untuk urusan pertunangan abang iparnya.

Saya mengenali Dr Palsan ketika beliau membuat pengajian PhD di UKM suatu ketika dulu.

"Sebenarnya cahaya Islam telah ada suatu masa dulu dalam diri Dr, cuma waktu itu saya tidak pasti bila Dr akan memeluk Islam".

Kami berpisah di situ dan saya terus bersarapan mi goreng dengan kopi Tongkat Ali.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah