Ceramah: Saya Jurufoto Makan Gaji

Saya akan mengadakan satu ceramah yang bertajuk: Saya Jurufoto makan gaji pada 19 Januari 2018. Penganjur: Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM. Ceramah ini akan membicara bagaimana saya melalui detik-detik kehidupan dalam kerjaya sebagai Jurufoto dengan memperolehi kehidupan yang damai dan selesa walaupun tidak berpangkat besar. Ceramah ini diadakan menjelang persaraan saya pada April 2018.

Kepada yang berminat sila hubungi saya di emel: raaios@yahoo.com

21 April 2011

Kalau belum ditakdirkan

Ketika di minta untuk ke Taman Negara, Pahang bersama Ketua Jabatan dan Ketua Unit Foto Penerbit UKM, hati saya berbelah bahagi kerana tarikh 18 April merupakan hari kedua selepas menyambut ulangtahun kelahiran ke-53. Bukan menjadi satu kepercayaan yang karut tapi setiap selepas atau sebelum tarikh 17 April saya tidak suka membuat kerja-kerja yang agak mencabar. Namun selalunya saya membuat tidak peduli dengan usikkan perasaan demikian kerana tidak mahu mendahului takdir Allah.

Sebelum kejadian
Sebelum bertolak ke Taman Negara, Prof Dr Kamarudin M.Said berpesan agar saya bergilir-gilir dengan Ismail memandu keretanya. Namun oleh kerana ismail yang belum pulih sepenuhnya sakit kaki akibat terkena paku maka saya dapat memandu dengan selamat selama empat jam 30 minit ke Kuala Tahan, Pahang.

19 April 2011: Cuaca amat cerah ketika kami bertiga (saya, Prof Kamarudin dan Azlan, pemandu van UKM) telah menaiki sampan untuk ke Lata Bekok menerusi Sungai Tahan. Terus terang saya nak katakan bahawa minat saya merakam gambar menjadi kurang sepanjang pelayaran itu. Pemandangan sekitar Sungai Tahan jadi hambar mungkin kerana saya sudah pernah datang ke sini pada bulan Disember 2009.

Saya lebih berminat merakamn vedio menerusi kamera compact Nikon Coolpix S560 sahaja. Ketika di Lata Bekok saya hanya berminat dengan pepatung dan rama-rama sahaja. 

Kami bergerak pulang ke Kuala Tahan sekitar pukul 11.50 pagi untuk makan tengahari. Dalam pelayaran saya sempat menjamah buah kurma dan makanan tenaga berupa biskut dan air mineral. Azlan menjamah bekalan saya kecuali Prof Kamarudin yang tidak mahu makan buah kurma kerana ingin mengawal kadar gula dalam darahnya.

Pelayaran seperti biasa. Kecekapan pemandu sampan dan pemandu arahnya cukup cekap. Namun di satu kawasan, sampan yang kami naiki berbunyi kerana terlanggar kayu. Hati saya naik cemas.

Sebelum tiba di jeti, saya sempat merakam vedio ini. Cuaca cerah menjadikan saya gemar merakam vedio sepanjang berada di Sungai Tahan.

Seperti biasa sesampai di jeti, Prof Kamarudin dan Azlan naik ke jeti tersebut. Manakala saya mengucapkan terima kasih kepada pemandu sampan. Entah bagaimana begitu pantas tanpa di sedari saya tercampak ke dalam sungai dan tengelam. sesampai ke dasar saya melonjak naik ke permukaan air dan berpaut pada sampan. Jeket keselamatan masih pada badan saya. Pemandu sampan yang masih berada diatas sampan membantu saya naik.

Saya bersyukur kepada Allah kerana dengan rahmatnya saya selamat. Semasa  tenggelam sebenarnya saya tidak panik kerana saya memang biasa dengan air sungai sejak kecil (kecuali air laut). Kemungkinan besar dengan tidak fobia air maka ia sedikit sebanyak membantu saya mengendalikan keadaan yang cemas itu malahan ketua saya sendiri terperanjat dengan kejadian itu.

Kejadian ini memberikan pengajaran kepada saya dan orang lain. Walaupun kita sudah berhati-hati dengan membuat persiapan mencegah kejadian buruk, namun mungkin perkara-perkara kecil yang kita terlepas pandang memungkin berlaku kemalangan.

Seperti rakan saya yang juga rakan Facebook dalam catatannya: "Ini adalah antara cabaran dan risiko dalam kerjaya Jurufoto namun ganjarannya tidak setimpal" . Namun saya berpendapat setiap kerjaya risikonya cuma yang penting kita kena ada kaedah untuk mengelak dan menempuh risiko ini.

Sebelum turun ke Sungai Tahan

Malahan keluarga saya menghadapi risiko ini dengan hati terbuka kerana mereka tahu inilah sahaja periuk nasi kami. Setiap kali saya hendak ke mana-mana lokasi sering berpesan kepada isteri dan anak-anak, berdoalah agar keselamatan kita dilindungi oleh Allah. Pesan saya kalau terjadi apa-apa itu sudah takdir Allah. Terimalah dengan reda kerana setiap yang kita alami adah rahmatnya. Kita hanya mampu berusaha mengelak sambil berdoa, selebihnya kuasa Allah tiada siapa yang mengetahuinya.

Saya bersyukur ke hadrat Illahi. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan