Semarak Misi Rekod Dunia 2011 oleh Pendaki Solo

Mengabadikan kenangan bersama Mr Solo
Jom naik Bukit Broga. Saya menerima mesej peribadi Facebook daripada Pendaki Solo, Mohd Nor Amin pada 13 Januari 2011 lalu.Pada mulanya saya ingat beliau bergurau. Namun setelah beberapa minit akhirnya saya percaya beliau tidak bergurau. Akhirnya saya bersetuju dengan pelawaannya dan menghebahkan misi beliau di halaman FB.

Sambutan sebenarnya tidak hebat. Kami membuat keputusan berkumpul di depan sebuah bank di Pekan Semenyih. Sekitar pukul 8 pagi saya bersama beberapa orang rakan telah memandu menuju Bukit Broga yang terletak sejauh 4 kilometer dari Pekan Semenyih.

Zack mempunyai semangat yang tinggi. Manakala yang menariknya Zul yang saya kenal hanya menerusi Fb telah datang bersama abangnya dari Pulau Pinang dan dua orang rakan sekolejnya.

Saudara Alias yang menjadi pembantu peribadi Mr Solo datang bersama tunangnya menjadi Juruvedio dalam pendakian ke Bukit Broga setinggi 400 meter dari paras laut.

Ceramah percuma Pendaki Solo (duduk)
Saya sebenarnya tidak berminat dengan pendakian bukit sejak berusia ini. Maklumlah saya bukan dilatih untuk mendaki secara formal. Malahan saya bukan seorang pendaki profesional mahu pun amatur. Kalau ada pun ketika bertugas saya perlu masuk hutan dan naik bukit sahaja. Semasa muda kalau ada pun saya hanya mendaki bukit untuk menoreh getah di kebun sahaja.

Saya pernah mendaki Gunung Chini di Pahang pada tahun 2004 dengan ketinggian 800 meter dari paras laut. Itu pun  masa yang diambil selama empat tiga puluh minit baru saya tiba di puncaknya.

Apa yang istimewanya Bukit Broga sehinggakan begitu ramai pengunjung yang datang ke situ? Bukit Broga bukan sebuah bukit yang mempunyai subjek yang menarik untuk penggemar fotografi. Bukit Broga hanya terdapat sedikit batu-batu dan semak samun daun-daun seperti lalang. Sepanjang pendakian ke puncak terdapat hanya jalan yang sudah gondol kerana dipijak oleh ribuan manusia. Tidak ada serangga yang menarik untuk dilihat.

Kalau ada pun pemandangan bukit bukau sahaja. Bagi mereka yang rajin pemandangan  matahari naik turun boleh dirakam di sini. Itu pun jikalau cuaca tidak mengizinkan, pemandangan tersebut tidak boleh dirakam.

Misi Pendaki Solo ialah untuk membuat latihan fizikal dan mental bagi memecahkan rekod dunia mendaki Menara Kuala Lumpur pada 16 hingga 17 April 2011. Bukit Broga adalah lokasi latihan beliau selain Batu Caves dan tangga apertmennya. Selain berlatih mendaki, Mr Solo ingin membuat promosi program menawan Menara KL. Mr Solo pernah mendaki Gunung Kinabalu sebanyak 50 kali ketika Malaysia menyambut Hari Kebangsaan Ke-50 pada tahun 2007. Pendaki Solo pernah mendaki sebanyak 111 kali dari 31 Disember 2009 hingga 20 April 2010.

Semalam Pendaki Solo telah mendaki lagi sekali bersama rakan-rakan saja. Saya tidak dapat ikut serta kerana kurang sihat. Maklumat yang diterima, Bukit Broga begitu sesak. Satu kemalangan telah menimpa pelajar UiTM yang menyebabkan dia mengalami retak tulang belakang.

Mr Solo memberi bantuan kecemasan
Mendaki bukit atau gunung bukan perkara mudah. Seharusnya persiapan fizikal dan mental perlu diutamakan. Jika tidak, risiko cedera akan terjadi. Oleh itu pada hemat saya mendaki dengan orang lebih berpengalaman amat perlu. Kerana mereka akan menasihatkan kita bagaimana cara mendaki yang betul lagi selamat.

Nasihat saya seandainya anda bertemu dengan Pendaki Solo di mana sahaja maka perkara pertama yang harus dilakukan ialah bertanya ilmu dan pengalaman mendaki, bukan hanya merakam gambar bersama dengan beliau sahaja. Mr Solo tidak kedekut ilmu. Malahan  beliau telah mengadakan sesi nasihat percuma sepanjang pendakian ke Bukit Broga baru-baru ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah