Ceramah: Saya Jurufoto Makan Gaji

Saya akan mengadakan satu ceramah yang bertajuk: Saya Jurufoto makan gaji pada 19 Januari 2018. Penganjur: Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM. Ceramah ini akan membicara bagaimana saya melalui detik-detik kehidupan dalam kerjaya sebagai Jurufoto dengan memperolehi kehidupan yang damai dan selesa walaupun tidak berpangkat besar. Ceramah ini diadakan menjelang persaraan saya pada April 2018.

Kepada yang berminat sila hubungi saya di emel: raaios@yahoo.com

22 Februari 2010

Ada waktunya kena menyamar

Rakan-rakan yang tinggal di taman perumahan saya merungut  kerana ada pembuangan sampah haram berhampiran taman yang menyebabkan bau busuk sampai ke rumah masing-masing.

Hari Jumaat lepas (19 Februari 2010) saya sempat melihat dari jauh dengan bantuan seorang anggota polis yang kebetulan membuat rondaan dengan 3 orang anggota polis lagi. Dari jauh saya lihat sudutnya tidak memuaskan untuk dijadikan bukti kepada pihak berkuasa.

Hari Sabtu semalam, dengan bantuan seorang jiran saya telah ke lokasi tersebut dengan membuat penyamaran berisiko tinggi. Saya fikir sudah tentu orang yang melakukan kerja tersebut sudah tentu mempunyai penjaga bagi mengawasi kawasannya.

Dengan menyamar saya dan jiran dapat sampai ke tempat tersebut begitu mudah. Jiran saya membawa cangkul, saya membawa sebuah baldi berisi sebuah kamera SLR berserta lens Zoom wide dan Telefoto. Ahhh risiko juga apabila sesampai saya ke tempat tersebut datang sebuah lori untuk membuang sampah. Tidak lama kemudian datang sebuah jentolak bersama seorang budak muda menunggang motosikal.

Sembang-sembang berlaku. Apabila budak muda itu bertanya kami nak kemana, jawapn saya mudah "cari cacing nak memancing".

Dipendekkan kisah apabila saya menyatakan minat nak membuat projek yang sama di tanah kat "Johor" (kononnya) dan ingin mengambil gambar untuk tunjukkan kepada abang, budak muda tu memberi izin. Namun dia saya lihat macam curiga. Hasilnya saya dapat merakam keseluruhan kawasan dan gambar itu.Insyaalah akan sampai di meja beberapa pihak berkuasa minggu depan..

Kenapa saya sibuk nak adu kes ini? Jawapannya mudah kerana tapak pembuangan sampah tersebut terletak di tepi Sungai Langat hanya 30 meter dari tebing sungai. Sdra/i mahukah air sungai yang kita minum akan terjemar sedikit masa lagi. Untuk makluman, tapak ini terletak di bahagian atas loji pembersihan air di Dengkil!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan