Ceramah: Saya Jurufoto Makan Gaji

Saya akan mengadakan satu ceramah yang bertajuk: Saya Jurufoto makan gaji pada 19 Januari 2018. Penganjur: Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM. Ceramah ini akan membicara bagaimana saya melalui detik-detik kehidupan dalam kerjaya sebagai Jurufoto dengan memperolehi kehidupan yang damai dan selesa walaupun tidak berpangkat besar. Ceramah ini diadakan menjelang persaraan saya pada April 2018.

Kepada yang berminat sila hubungi saya di emel: raaios@yahoo.com

29 Oktober 2009

ETIKA: Jurufoto dan Fotografi


Jangan terlalu rapat dengan individu
yang bertaraf VVIP.



Jangan memaparkan kejadian kemalangan ngeri
untuk khalayak kecuali untuk pendidikan atau seminar.



Keizinan diperlukan untuk memaparkan
potret individu.



Gambar yang berunsur penyiasatan hanya boleh dipamerkan
dengan melindungi wajah sebenar kerana mereka belum bersalah
kecuali mahkamah yang berkuasa memutuskannya.


“Ye ke, semasa orang makan kita tak boleh ambil gambar?’, tanya rakan sepejabat saya.
“Ya, jangankan VIP orang biasapun tak boleh” jawab saya.

Itu merupakan antara dialog yang sering diutarakan kepada saya apabila berbicara mengenai etika ketika merakam gambar di mana-mana majlis.

Sejak kegilaan merakam gambar oleh masyarakat kita ramai yang tidak sedar ada beberapa etika yang wajib dipatuhi. Bagi kebanyakkan Jurufoto Profesional semua etika telah difahami. Cuma bagi kalangan orang biasa beberapa pantang larang tidak ketahui oleh mereka.

Merakam gambar individu kita perlu mendapat keizinan kecuali mereka adalah public figure. Contoh artis atau tokoh-tokoh tertentu. Namun ada dikalangan ahli-ahli perniagaan, menteri dan individu terkenal tidak membenarkan gambar dirinya dirakam. Cuma dengan kewujudan kamera digital yang mempunyai kuasa optikal zoom yang tinggi ada waktunya gambar boleh dirakam secara rahsia. Jangan meletakkan gambar potret mereka di khalayak ramai tanpa izin atau anda telah membayar untuk tujuan promosi. Ada kalangan individu akan mengungkapkan "no picture please", maka anda kena menghormatinya. Jangan rakam gambar dia!

Bangunan milik individu, syarikat juga tidak boleh dirakam secara curi-curi. Contoh Istana tidak boleh dirakam secara sewenang-wenangnya. Merakam gambar di dalam pasaraya juga perlu memohon keizinan pemiliknya. Kawasan kilang atau sebagainya. Pihak berkuasanya ada hyak untuk menghalang anda. Kecuali anda mempunyai kuasa tertentu seperti bertugas di badan penguatkuasaan. Katakan jika berlaku rompakan di kawasan tersebut maka anda boleh di syaki terlibat.

Aksi kandid juga harus ditapis. Ketika individu sedang berucap, pastikan gambar matanya terpejam jangan disiarkan. Mulut yang herot jangan disiarkan. Ketika individu sedang makan jangan rakam gambarnya kecuali beliau memberi izin dengan berhenti mengunyah. Namun VVIP tidak dibenarkan sama sekali. Pengawal peribadinya pasti akan mengawal tingkah laku anda.

Aksi lucah adalah antara gambar yang tidak boleh dirakam sememangnya dalam Islam melakukan atau merakamkan menjadi haram kalau dilakukan. Tidak kiralah samada aksi lucah oleh manusia atau haiwan. Justeru mempamerkan aksi sebegitu amatlah dilarang. Aksi lucah harus diingat tidak semestinya porno sahaja, tetapi aksi yang boleh memberahikan juga amat dilarang. Ingat, andainya aksi ini disiarkan di dalam web, blog atau laman Facebook amatlah kurang wajar dilakukan!

Ingat laman Facebook kini menjadi laman sosial dari kalangan yang berbagai, pelajar sekolah, pelajar IPT, golongan profesional. Semua laman ini pada asalnya untuk kegunaan yang positif, namun jikalau tidak dipantau ia akan menjadi negative. Contohnya laman You Tube kini telah menjadi caca marba.

Sebelum era digital merakam gambar dilakukan secara berhemah kerana menggunakan filem. Justeru, untuk merakam gambar secara sewenang-wenangnya tidak dilakukan. Namun era digital jumlah simpanan gambar melebih seratus keping gambar. Hasilnya semua orang merakam gambar sesuka hati.

Lebih mudah kita adalah masyarakat yang mempunyai adat dan sopan. Adalah lebih murni, jagalah adat sopan kita sebagai umat Islam mahupun bangsa timur.

Sila klik pautan yang berkaitan:
1.
Etika dalam fotografi
2.
Apa dah jadi?
3. Etika Jurugambar [ oleh: Fototeacher ]
*Dikemaskini: 29 Oktober 2009 - 11.45 pagi.

5 ulasan:

  1. satu nasihat yg sgt baik sekali..
    i'allah sy akan pegang...=)

    BalasPadam
  2. terima kasih la en.raai sudi letak gambar saya..Hehehe..bak kata en.raai, sebaris dgn Agong tu..:)

    -farhana

    BalasPadam
  3. Farhana, terima kasih kembali.

    BalasPadam