Rahmat Ramadhan 1430

Ketika dalam perjalanan ke Shah Alam untuk membawa anak balik bagi berbuka puasa bersama-sama di hari pertama Ramadan pada hari Sabtu lepas, saya menerima panggilan telefon daripada Cikgu Abdullah. Kisah Cikgu Lah pernah saya nukilkan di laman ini di tajuk Dari Sik Ke Bangi .

Diringkaskan kisah, saya menerima hajat Cikgu Lah untuk bertemu dirumah anaknya. Semalam dengan izin Allah, saya bersama isteri tiba di rumah anaknya di Kajang Prima. Dalam perjalanan saya berkata kepada isteri apa topik hendak dibicarakan kerana pertemuan ini akan berlaku antara "anak murid" dan seorang "guru disiplin". Biarpun saya tidak pernah nakal di sekolah sepanjang tahun 1971-1975 namun pertemuan kali ini diantara anak murid yang sudah dewasa dengan "Guru Pencen" sudah pastinya menarik.

Beliau merupakan guru disiplin semasa saya bersekolah di Sekolah Menengah Sik dan mengajar Bahasa Melayu

Pagi semalam saya bukan sahaja bertemu Cikgu Lah malahan saya juga bertemu Cikgu Fatimah yang mengajar bahasa Inggeris pada jangkamasa yang sama.


Sebenarnya tidak banyak yang hendak saya catatkan kerana pertemuan pagi semalam sekadar pertemuan silatulrahim antara bekas guru dengan bekas anak murid. Cuma apa yang mengharukan saya beliau mampu menggamit memori tahun 1971-1975. Beliau menceritakan apa yang saya tidak tahu mengenai warna-warna kehidupan seorang Guru Disiplin. Walaupun tugas itu berat namun ujar Cikgu Lah beliau pernah keciwa apabila ditarik balik kuasa sebagai guru disiplin pada satu ketika yang menyebabkan kualiti disiplin di sekolah tersebut merosot. Guru yang mengambil alih tugasnya merayu agar Cikgu Lah mengambil kembali tugas tersebut.


Semua orang tahu, guru disiplin merupakan satu potfolio yang kurang menarik. Ramai murid-murid tidak suka dengan kerektor guru disiplin. Maklumlah orang tidak suka dengan guru disiplin merupakan murid-murid yang nakal (ada yang ke peringkat jahat) disekolah.

Dalam pertemuan selama dua jam setengah itu (1 jam 30 minit) Cikgu Lah begitu ceria menyebut nama rakan-rakan saya seperti Zaki Din menjadi pegawai di Kementerian Kebudayaan, Othman Nawang menjadi Pengarah Hal Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Prof. Dr. Chek Derashid kini di UUM. Ramai lagi bekas anak muridnya yang berjaya dan menjadi sebutan Cikgu Lah seperti Kamilah adik Kamarudin, Bakar Kasa, Rosli Deraksa.

Bagitu pun dalam ramai anak muridnya beliau pernah bertemu dengan seorang bapa ayam di Padang Besar. Saya perhatikan dari riak wajah Cikgu Lah ada kekeciwaan kerana bekas anak muridnya itu menjadi penjenayah antarabangsa dengan membuat kerja-kerja menyeludup wanita-wanita menerusi sempadan.

Dalam banyak-banyak nostalgia seorang guru pencen ini, beliau begitu seronok menceritakan seorang Doktor wanita di sebuah hospital kerajaan memberikan rawatan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruhnya dan mampu sihat hingga kini yang sudah berusia 68 tahun dengan izin Allah.


Berkat beliau membentuk anak-anak murid, Cikgu Lah berpuashati kerana anak-anaknya berjaya bilamana terdapat dikalangan mereka ada yang menjadi Jurutera, Akauntan dan beberapa jawatan yang berkalibar.

Pada saya Guru bukan sekadar lilin, malah ia umpama ubat nyamuk (racun?) untuk mencegah dari anak muridnya terkena sebarang penyakit.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah