Ceramah: Saya Jurufoto Makan Gaji

Saya akan mengadakan satu ceramah yang bertajuk: Saya Jurufoto makan gaji pada 19 Januari 2018. Penganjur: Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM. Ceramah ini akan membicara bagaimana saya melalui detik-detik kehidupan dalam kerjaya sebagai Jurufoto dengan memperolehi kehidupan yang damai dan selesa walaupun tidak berpangkat besar. Ceramah ini diadakan menjelang persaraan saya pada April 2018.

Kepada yang berminat sila hubungi saya di emel: raaios@yahoo.com

21 Jun 2009

Apa Dah Jadi?


Masih sempurna......


Mencacatkan majlis....

Kacau bilau........


Mengubah teori lama dan mengubah etika itu tanda kita telah Berjaya? Saya berbicara hal ini dalam hubungan fotografi.

Ingin mengubah teori dalam komposisi? Mengubah etika dalam fotografi? Mengubah beberapa teori lain yang telah dicipta oleh pengamal fotografi lama sejak seratus tahun lalu akan mengangkat kita sebagai orang terkenal?

Saya suka menarik pendapat seorang pengamal fotografi muda di negara kita apabila beliau menyentuh mengenai komen seorang pengantin yang sudah matang dalam majlis perkahwinan. Pengantin tersebut kurang selesa bila jurufoto meminta dia memperlakukan berbagai aksi yang kurang menyelesakannya. Pada saya dalam hal ini ia berkait rapat dengan etika dalam fotografi. Berapa ramai pengantin yang mungkin hanya menuruti sahaja kehendak jurufoto tersebut kerana dia sudah membayar semua kos fotografi.

Tahukah kita semua aksi dalam bidang modeling telah lama dicipta oleh pengamal fotografi sehaja hampir ratusan tahun dahulu. Sebut sahaja teknik teknik backlight, ferontlight, toplight semua sudah diamalkan sejak puluhan tahun. Sudut-sudut dalam komposisi sudah lama diamalkan dalam fotogarfi. Namun ramai jurufoto sekarang mengubah mengikut selera mereka. Akhirnya ramai meghasilkan gambar-gambar yang kurang sopan.

Gambar free possing baik dilakukan agar mewujudkan komposisi yang ceria. Ya, still fotografi tidak mampu melahirkan suara seperti vediografi. Namun untuk menghasilkan gambar yang hidup tidak semestinya dengan membuatkan pengantin menjelir lidah!

Dalam fotografi kita dilatih merakam gambar dengan menggunakan berbagai sudut lens. Telefoto untuk merakam gambar dari jauh, membuat crouping dan sebagainya. Wide Angle untuk merakam gambar landskap dan seumpamanya. Merakam gambar dengan lens 24 hingga 10mm akan menghasilkan gambar yang lengkong kerana kanta lens yang focal planenya kecil. Namun terdapat beberapa orang yang membawa lens 17mm,14mm,10mm hanya untuk merakam gambar dari jarak dekat yang hanya akan menghalang rakan-rakan lain. Kalau kita mahu membuat rakaman foto yang istimewa tapi janganlah menghalang rakan-rakan lain. Mereka juga mahu cari makan.

Cuba bayangkan, sedang anda membuat focusing dalam majlis akad nikah rakan jurufoto menghulurkan kameranya yang mempunyai lens 10mm? Sudah tentu dalam viewfinder anda tertera gambar kameranya.

Minggu lepas saya mengedit gambar-gambar yang dirakam oleh rakan unit foto. Dua tiga keping gambarnya dengan jelas terdapat lens rakan jurufoto lain. Jadi gambar itu harus dicroup atau di buang sahaja.

Mungkin saya silap ketika menulis tajuk etika dalam fotografi sepuluh tahun lalu dalam laman web Alam Senifoto. Dalam tajuk itu saya huraikan beberapa etika yang harus diamalkan (bukan syarat wajib untuk dipatuhi kerana saya bukan pengamal undang-undang). Namun terdapat beberapa laman web yang menyalin tajuk tersebut. Namun apa yang saya tulis tidak dipatuhi lagi.

Ramai jurufoto yang hadir di mana-mana majlis dengan pakaian yang kurang sesuai (kurang sopan). Bayangkan kalau VIP berpakiaan lengkap bersuet tapi kita hanya berseluar jeans dan berbaju T?. Jikalau sibuk pun tidakkah boleh menyediakan satu pakaian bersopan di pejabat atau setidak-tidaknya di dalam kereta.

Saya masih ingat seorang jurufoto veteran, Hamzah Hurmin pernah menulis di dalam kolumnya dua puluh tahun lalu, pas masuk ke mana-mana majlis ialah, berpakaian sopan, budi bahasa yang baik. Oleh kerana saya sudah hampir 30 tahun menjadi jurufoto di UKM maka prinsip itu saya gunakan.
Bukankah ketika merakam gambar permaianan bola sepak kita hanya dibenarkan berada di garisan sahaja. Pagi tadi semasa saya membuat liputan Pentauliahan Kor SUKSIS di UPM satu suasana kurang manis telah berlaku iaitu sewaktu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan memeriksa kawalan kehormat, ramai rakan-rakan media berkerumun trak yang membawa beliau. Mereka masuk ke kawasan perbarisan. Mereka merakam gambar seolah-olah tidak membawa lens zoom telephoto. Saya hanya memandang dari jauh dengan menggunakan lens zoom 70-300mm.

Saya masih ingat ada jabatan-jabatan kerana yang membuat peringatan dalam surat jemputan memberitahu jurufoto hanya perlu menggunakan lens telefoto dalam mejlis mereka. Pada saya peringatan sebegini tidak harus disebut kerana semua jurufoto sudah tahu apa yang perlu dibuat.

Saya tidak tahu dimana silapnya namun budi bicara harus ada. Kerana pengamal fotografi di luar negara agak bersopan ketika merakam gambar kerana mereka hanya berada digarisan pemisahan. Atau di negara kita harus ada kawalan begitu. Namun apabila ada kawalan yang ketat sudah pasti ramai antara kita akan membuat bantahan.

Mungkin kerana kurang peka dengan etika maka satu etika telah diperkenalkan “Jurufoto tidak boleh bergerak ketika lagu kebangsaan mana-mana negeri sedang dikumandangkan”. Tapi berapa ramai yang mengetahui perkara ini?




Tiada ulasan:

Catat Ulasan