Saya pernah merasai bekerja hari Sabtu semenjak bertugas di UKM bermula tahun 1979. Kemudian ada dua versi, Sabtu bekerja dan ada Sabtu bercuti. Kini Setiap hari Sabtu semua pejabat kerajaan diutup.
Namun jika kuliah sedang berlangsung di mana-mana universiti dan khususunya di UKM saya tidak pernah merasai cuti pada hari Sabtu. Saya harus berada di bilik kuliah BSL114H kerana mengendalikan kursus Seni Foto HK1131,1141 dan 1143. Bagi saya bertugas pada hari Sabtu bukanlah pelik. Malahan saya menjadi kurang selesa jikalau pagi Sabtu berada di rumah.
Andai ada apa-apa program keluarga saya hanya akan melunaskan selepas jam 12 tengahari. Bukan bermakna saya abaikan program keluarga. Namun andai terdapat kejadian kecemasan saya masih dibolehkan menunda kuliah. Walaupun saya hanya pensyarah sambilan mengendalikan kursus ini tapi harus ingat, saya perlu mematuhi semua peraturan akademik di UKM.
Pada 2 mei lalu peperiksaan teori telah berlalu keputusan sudah pun saya capai. Siapa dapat A, namun yang pasti saya tidak pernah menggagalkan mana-mana pelajar. Namun andai anda pelajar saya jangan SMS untuk bertanya apa keputusan anda. Itu rahsia saya.
Mulai hari ini saya harus belajar untuk menyesuaikan diri bercuti hari Sabtu sehingga hujung buklan Jun, kerana awal bulan Julai kuliah akan bermula.
Apa yang pasti saya akan rindu kepada suasana kuliah kerana saya berada dalam kalangan pelajar-pelajar UKM yang mantap dan cemerlang!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Buku Trevelog Haji
Perjalanan mengerjakan haji bukan mudah. Setiap Jemaah haji pasti ada cerita tersendiri sepanjang perjalanan mereka sama ada sebelum mahupun...

-
Oleh: Haji Abd. Raai bin Osman PJK: | KWSP Anda | Kenali Scammer | Kesihatan Dan Wang Setelah Bersara | Seorang yang pernah menjawat ...
-
Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Secara umumnya a...
-
Anda sering menghadapi masalah kewangan? Banyak hutang? Penyelesaiannya kita boleh lakukan dengan berbagai cara. Pinjam dengan koperasi, pin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan