Rehat, Rest, Relex

Semalam, saya mengendali empat jam kuliah. Mulai pukul 9 pagi saya mengendalikan kuliah terakhir Kursus Seni Foto Kokurikulum UKM. Oleh kerana ia merupakan kuliah terakhir dan tiada dalam jadual, saya lepaskan pelajar pulang awal pukul 10 pagi.

Pukul 10 pagi hingga pukul 1.30 petang saya mengendalikan Kursus Peralihan Pembantu Makmal yang mengambil Kursus Teknologi Fotografi. Oh, empat jam juga saya berdiri dan bercakap. Kerja yang bukan mudah bagi setengah-tengah orang. Berdiri sambil bercakap. Namun oleh kerana kerja ini sudah saya lakukan sejak tahun 1997 (dah 12 tahun pun) maka saya dapat melakukan dengan mudah.

Balik ke rumah selepas menghantar anak ke kelas tusyen saya terus berehat selepas Solat Zohor. Oleh kerana isteri melihat saya agak penat pukul 4.30 petang beliau pergi mengambil anak, Nur Atiqah.

"Rehat, Rest, Relex", perlu untuk seseorang agar mendapat semangat baharu pada minggu-minggu seterusnya. Ya lah anda tentu telah membaca coretan dibawah bagaimana saya sudah mengunakan tenaga yang banyak sejak 5hb April. Hari ini saya sudah bertekad untuk berehat. Mujur Ismail faham dan tidak mengajak saya ke Persidangan MAPIM di PWTC. dia pergi bersama Ikhwan. Saya telah meminta izin kepada Ismail sejak berada di Bukit Fraser jikalau ada tugasan Sabtu dan Ahad saya mohon dia bawa Ikhwan.

Hari ini saya dapat menggunakan rehat yang baik. Namun untuk berehat, tidur dan melengkar di batal sahaja bukan kerja saya. Justeru hingga jam 2.30 pagi saya masih mengadap komputer untuk menulis beberapa catatan yang perlu di laman blog

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah