Langkau ke kandungan utama

Perjalanan perlu dipermudahkan

Saya harus bersyukur kepada Allah kerana sejak hari Sabtu walaupun kegiatan harian saya agak padat masa tetap ada untukNya dan keluarga.

Seawal jam 9 pagi saya telah memulakan kuliah bersama-sama pelajar kursus seni foto. kemudian saya bersama keluarga memulakan perjalanan ke Hutan Melintang, Perak untuk menghadiri majlis kenduri rakan sepejabat, Ikhwan melangsungkan perkahwinan. Perjalanan ke sana lancar melalui Ijok, Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sabak Bernam.

Pukul 4 petang saya dan keluarga bertolak balik ke Bangi dan singgah di Kuala Selangor. Walaupun hujan turun namun perjalanan lancar dan sempat singgah di Bukit Melawati menikmati matahari berlabuh di sana. Selepas bersolat Maqrib di Masjid Kuala Selangor kami meneruskan perjalanan.

Dalam perjalanan Tuan Haji Razak Hussin pegawai di Pejabat Perhubungan Awam UKM menelefon meminta saya menjadi salah seorang petugas di majlis kenduri Naib Canselor UKM pada hari Ahad (29 Mac).

Pada asalnya saya ingin berehat sahaja pada hujung minggu kerana sudah hampir sebulan tidak merasai nikmat hari minggu. Namun memikirkan apa salahnya membantu memeriahkan majlis tersebut maka pukul 11 pagi (Ahad) saya sudah berada di Dewan Gemilang UKM.

Seperti saya catatkan diawal catatan ini Allah tetap memberikan masa untuk kita jika memohon kepadaNya. Justeru, jam 4 petang selepas jam selesai majlis kenduri Dato Naib Canselor saya sempat membawa keluarga membeli keperluan dapur untuk sebulan di Putrajaya. Saya hanya memberitahu anak-anak "ayah hendak berehat selepas solat Asar di surau Alamanda".

Mereka faham kerana pukul 8 malam saya harus berada di Panggung Seni UKM untuk satu tugasan lain.

Walaupun di "UKM Press" kami mempunyai 3 orang Jurufoto, namun dalam keadaan begini sikap bantu membantu harus diutamakan. Manakan tidak, Ismail ke Sungai Petani Kedah dari 29 Mac hingga 2 April kerana ada seminar mengenai Lembah Bujang. Ikhwan bercuti kerana melangsung perkahwinan mulai 19 hingga 31 Mac.

Akhir kata "Wan, selamat pengantin baru untuk saudara dan isteri tercinta Zai. Mudah-mudahan kekal hingga ke akhir hayat"



Menariknya pada 5 April Ketua Bahagian Multimedia Penerbitan UKM akan melangsungkan perkahwinannya di Kemaman Trengganu. Saya tidak dapat pergi kerana 5 hingga 7 April kena jadi penceramah kursus fotografi anjuran Unit Latihan UKM. Manakala 8 hingga 10 April saya dan Ismail perlu ke Labuan ada bengkel bersama Jabatan Pelajaran Labuan.

Insyaalah saya akan buat catatan jika saya diizinkan Allah dapat samapai ke sana. Sabah juga mengamit saya insyaalah pada 9 hingga 11 Mei. Paling mustahak saya harus memohon kepada Allah agar perjalanan ini dipermudahkan olehNya. Biarpun pada dengan aktiviti saya tidak melupaiNya; Amin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Oleh: Haji Abd. Raai bin Osman PJK: |  KWSP Anda  | Kenali Scammer | Kesihatan Dan Wang Setelah Bersara  | Selepas Lima Tahun Kita Bersara | Seorang yang pernah menjawat jawatan JUSA bersalam dengan saya dan saya mengucapkan selamat bersara. Beliau bertanya macam mana suasana selepas bersara? Saya senyum. Senyuman saya itu membuatkan beliau berkata "seronokkan tak payah fikir apa-apa, boleh lama kat masjid atau surau...", saya ketawa kecil dan mengakui kata-kata tokoh yang baru bersara seminggu. Saya pernah menemui orang yang lebih veteran telah bersara sejak 10, 16 tahun lalu. Mereka bahagia. Ada pula yang saya temui yang baru bersara 2 atau tiga tahun mereka seperti kurang selesa. Itu semua rezeki masing-masing yang sukar kita ramalkan. Paling bahagia ada yang setahun lepas bersara meninggal dunia. Ada rakan saya dalam tempuh belum setahun bersara dapat panggilan menunaikan haji. Lebih menarik ada rakan yang bersara sudah menunaikan haji, melancong ke negara ora

Boria dan Dikir Barat

Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala di Parsi. Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian. Nyanyian boria diketuai oleh seorang tukang karang (biasanya akan memegang tongkat penunjuk ketika menyanyi). Rangkap karangan boria yang hujung sukukatanya sama setiap rangkap kisahnya berkaitan dengan sketsa yang dipersembahkan. Sailor yang terdiri lebih dari enam orang di belakang tukang karang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang tadi. Alat-alat muzik boria telah berubah mengikut peredaran masa. Namun begitu penggunaan alat-alat muzik seperti violin, marwas, gendang panjang, akordian, harmonika adalah digalakkan. (wikipedia). Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang

Empat Jam Dalam Bilik Bedah

Bilik Bedah: Itulah papan tanda yang mengerikan bagi seorang pesakit selain Bilik Mayat! Saya di bawah masuk oleh petugas bilik bedah untuk kali keenam dan kali kedua tahun ini. Ketika masuk suasana bilik bedah sudah jadi biasa walaupun peralatannya jarang diketahui umum. Ini adalah kesekian kali saya akan dibedah tanpa tidur sepenuhnya (bius). Kali ini melibatkan organ jantung. Jika buat BayPass pasti tidur sepenuhnya. Jam sudah 2.30 petang ini bermakna saya sudah puasa 14 jam 30 minit sejak tengahmalam tadi. "Ok tuan saya akan bius" kata doktor dituruti sakit di bahagian celah paha. Tidak lama lepas itu terasa darah mengalir dan saya pasti proses bedah telah bermula. Terasa doktor memasukkan tiub untuk proses Angeogram. Doktor kepada saya selepas itu saluran tuan tersumbut 100%. Sebelum itu 96%. Oh saya beristiqfar. "Baik tuan saya akan Drill selepas masuk bellon". Apa yang saya rasa? Terasalah sedikit sengal di dada. Pastinya di saluran jantung. Takut? Sudah pas