02 Mac 2009

Menjadi juri pertandingan fotografi 4KL

Semalam saya, En Harul dan Hj Ismail telah mengadili pertandingan fotografi KL anjuran Persatuan Pelajar Kolej Tun Syed Nasir UKM bertempat di Tasik Titiwangsa KL. Jumlah gambar yang dipertandingkan tidaklah banyak. Namun hasil karyanya bolehlah dibanggakan.

Masih ramai peserta yang menampilkan gambar yang ada tema, menepati kehendak teknikal dalam fotografi, namun masih terdapat peserta yang lemah dari mencari komposisi yang mantap.

Justeru itu saya dan rakan-rakan juri beranggapan peserta harus mempelajari bagaimana untuk menampilkan hasil karya yang bermutu dengan menekankan elemen komposisi yang baik.

Tahniah kepada pemenang bagi ketogeri profesional dan amatur. Lihat foto

Tiada ulasan:

Buku Trevelog Haji

Perjalanan mengerjakan haji bukan mudah. Setiap Jemaah haji pasti ada cerita tersendiri sepanjang perjalanan mereka sama ada sebelum mahupun...