Langkau ke kandungan utama

Hari yang meletihkan

Pukul 11 pagi Tuan Haji Razak Pejabat Perhubungan Awam menghubungi saya untuk buat liputan fotografi makan tengahari pemenang Nobel Laureate Lecture Prof. Howard Robert Horvitz di Kelab DANAU UKM. Tugas biasa seorang jurufotolah katakan jam 1 petang bukan waktu rehat seperti rakan-rakan yang bertugas di pejabat.

Sehingga jam 4.30 petang masih di Bilik Senat UKM buat liputan syarahannya. Pemenang Nobel Laureate Lecture memanglah menjadi tumpuan para saintis. Bilik Senat dipenuhi dengan orang ramai. Oleh kerana jam 5 petang saya harus menjalankan kuliah untuk Program Peralihan Pembantu Makmal maka saya serahkan tugas kepada Ikhwan. Pukul 7 petang ke Hentian Komuter UKM menjemput isteri balik kerja dari Kuala Lumpur.

Jam 8.15 selepas solat Magrib saya bergegas ke Panggung Seni UKM untuk membuat liputan Pesta Pantun UKM 2009. Balik ke rumah jam 11 malam, badan sudah terasa amat letih. Ambil sedikit minyak urut jam 12.3o baru dapat tidur. Rutin begini sudah biasa saya lalui. Cuma letihnya Allah saja yang tau.

Namun bila melihat hasil kerja yang dah siap letih tetap hilang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Oleh: Haji Abd. Raai bin Osman PJK: |  KWSP Anda  | Kenali Scammer | Kesihatan Dan Wang Setelah Bersara  | Selepas Lima Tahun Kita Bersara | Seorang yang pernah menjawat jawatan JUSA bersalam dengan saya dan saya mengucapkan selamat bersara. Beliau bertanya macam mana suasana selepas bersara? Saya senyum. Senyuman saya itu membuatkan beliau berkata "seronokkan tak payah fikir apa-apa, boleh lama kat masjid atau surau...", saya ketawa kecil dan mengakui kata-kata tokoh yang baru bersara seminggu. Saya pernah menemui orang yang lebih veteran telah bersara sejak 10, 16 tahun lalu. Mereka bahagia. Ada pula yang saya temui yang baru bersara 2 atau tiga tahun mereka seperti kurang selesa. Itu semua rezeki masing-masing yang sukar kita ramalkan. Paling bahagia ada yang setahun lepas bersara meninggal dunia. Ada rakan saya dalam tempuh belum setahun bersara dapat panggilan menunaikan haji. Lebih menarik ada rakan yang bersara sudah menunaikan haji, melancong ke negara ora

Boria dan Dikir Barat

Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala di Parsi. Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian. Nyanyian boria diketuai oleh seorang tukang karang (biasanya akan memegang tongkat penunjuk ketika menyanyi). Rangkap karangan boria yang hujung sukukatanya sama setiap rangkap kisahnya berkaitan dengan sketsa yang dipersembahkan. Sailor yang terdiri lebih dari enam orang di belakang tukang karang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang tadi. Alat-alat muzik boria telah berubah mengikut peredaran masa. Namun begitu penggunaan alat-alat muzik seperti violin, marwas, gendang panjang, akordian, harmonika adalah digalakkan. (wikipedia). Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang

Empat Jam Dalam Bilik Bedah

Bilik Bedah: Itulah papan tanda yang mengerikan bagi seorang pesakit selain Bilik Mayat! Saya di bawah masuk oleh petugas bilik bedah untuk kali keenam dan kali kedua tahun ini. Ketika masuk suasana bilik bedah sudah jadi biasa walaupun peralatannya jarang diketahui umum. Ini adalah kesekian kali saya akan dibedah tanpa tidur sepenuhnya (bius). Kali ini melibatkan organ jantung. Jika buat BayPass pasti tidur sepenuhnya. Jam sudah 2.30 petang ini bermakna saya sudah puasa 14 jam 30 minit sejak tengahmalam tadi. "Ok tuan saya akan bius" kata doktor dituruti sakit di bahagian celah paha. Tidak lama lepas itu terasa darah mengalir dan saya pasti proses bedah telah bermula. Terasa doktor memasukkan tiub untuk proses Angeogram. Doktor kepada saya selepas itu saluran tuan tersumbut 100%. Sebelum itu 96%. Oh saya beristiqfar. "Baik tuan saya akan Drill selepas masuk bellon". Apa yang saya rasa? Terasalah sedikit sengal di dada. Pastinya di saluran jantung. Takut? Sudah pas