Masuk hutan di Bukit Unggul


Foto kanan: En. Fauzi menunjukkan cara mengunyah Daun Kapal Terbang.
Foto kiri: Daun Kapal Terbang




Lihat galeri

Hari ini sejak jam 8.30 pagi saya dan peserta-peserta Kursus Fotografi dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dibawa masuk ke hutan Bukit Unggul oleh En Fauzi jurulatih di Nur Bukit Unggul Eco Resort.

Seronok juga masuk hutan etelah lama tidak masuk. Kali akhir saya masuk ke hutan ialah pada 28 Okt 2008. Paling menarik kami terserempak dengan ular Katam Tebu sedang tidur. Selepas jumpa ular tersebut semua peserta akan berhati-hati ketika melintasi ranting-ranting pokok.

En Fauzi bekas tentera kini menjadi jurulatih di Nur Bukit Unggul Eco Resort telah menunjukkan cara-cara membantu orang ketika berlaku kecemasan di dalam hutan, seperti jika terpatuk ular atau luka.

Anda kenal pokok kapal terbang? Pokok ini boleh merawat mangsa patukan ular. Caranya ialah dengan mengunyah daun tersebut dan letakkan ditampat patukan ular. Menurut En. Fauzi bisa ular akan keluar dengan cara daun tersebut terangkat.

Tepatlah kata seorang peserta dalam hutan adalah hypermarket bagi orang-orang asli.

Ulasan

mohdkong berkata…
4 hari 3 mlm tidak cukup masa bagi saya..bayk benda yg perlu saya pelajari...tentang seni foto
nanti kita lanjutkan dengan aktiviti bersama perstaun Jurufoto UKM. Insyaalah saya akan uruskan dengan rakan-rakan di UKM

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah