20 Ogos 2007

Saya berhijrah

9 Ogos 2007 (pagi)- Sahabat saya Saliman Leman dari Perhubungan Awam menelefon;-"kau dah dapat surat?"-"belum....kau?"balas saya-"kau dah dapat?" tanya saya. Saliman kata belum, tapi Ikhwan sudah dapat surat dukacita.

Petang itu pukul 2.30 dia menelefon lagi."Tahniah" katanya. Saya membalas dengan berkata janganlah ucap tahniah lagi. Surat belum dapat.

Itulah senario yang terjadi sejak pagi 9 Sept hinggalah petang 10 Sept apabila saya sedang bermesyuarat dengan Jawatankuasa Banjir Johor yang dipengerusikan oleh Prof.Dr. Salmijah Surip, Roslin dari Pejabat dekan FST memberitahu surat tawaran kenaikan pangkat ke Jurufoto Kanan ada diatas mejanya.Tuan Haji Razak Husin (Ketua Penolong Pendaftar Kanan Fakulti Sains dan Teknologi) yang duduk disebelah saya berubah wajah sambil mengucapkan tahniah ketika saya memberitahunya saya telah mendapat tawaran naik pangkat tapi perlu berpindah jabatan dalam UKM.

Pada 12 hingga 16 Ogos 2007 UKM mengadakan Majlis Konvokesyen; justeru itu saya hanya melaporkan pada 17 Ogos.Saya memulakan episod lain dalam kerjaya di UKM....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cara jaga kamera

Sila klik  dan tonton video