05 April 2007

Fotografi: Kerjaya dan hobi dalam Kehidupan saya

Jika menceritakan cita-cita rasanya semuanya bermula ketika di bangku sekolah. Kita mempunyai ramai idola dalam kehidupan masing-masing.

Zaman 50,60 dan 70an kita tidak ramai idola dalam masyarakat. Kalau ada pun petugas seperti guru, polis,askar, posmen merupakan penjawat awam yang biasa kita temui setiap hari. Kita belum ramai doktor, peguam,jurutera,akitek,profesor, dan sebagainya. Minat untuk menjadi menteri dan wakil rakyat belum timbul. Minat untuk menjadi usahawan belum termimpi.

Ayah pernah bertanya semasa saya mengikutinya ke kebun getah; nak jadi apa bila besar? Jawab saya; posmen. Ayah tanya lagi polis? Saya jawab tak mau!!!.Kenapa?; tanya ayah.

Garang; jawab saya.

Maaf tuan polis!! Saya memang takut polis. Sebab itulah suatu hari bila lalu depan balai polis Sungai Petani, dekat pagar keretapi saya berhenti lama. Ayah tanya kenapa? Saya kata takut polis. Kenapa takut? Saya jawab, ni haaa senapang kat tangan nanti polis tangkap. Ayah tersenyum; Aaah kan itu senapang mainan, mana polis nak tangkapppp....Kami berlalu sambil polis berseluar pendek (waktu itu) angkat tangan pada ayah!

Itu cerita tahun 1963...!! Mungkin itu antara cerita yang boleh ku ingat semasa usia masih lima tahun.

Tahun 1974 guru saya bertanya apa cita-cita kamu? Saya jawab,polis! Polis saja, tak mahu jadi pegawai polis? Saya senyum dan saya jawab ya, mahu jadi pegawai polis. Benar, kata ahli fikir, cita-cita boleh berubah. Usia makin .............

Minat mula berubah, 1976 saya mengambil kursus Penulisan dan Kewartawanan. Tamat kursus saya pulang ke Kedah jadi wartawan bebas. tapi tak banyak yang boleh menulis. Namun adalah beberapa bahan yang tersiar kat surat khabar dan radio. Seronok tak terkira.

Tahun 1977 saya ditawarkan belajar kat Pusat Latihan Belia Negara Peretak, Kuala Kubu Bahru, Selangor(kini Institut ) dalam jurusan Fotografi. Semasa di sinilah pengetahuan saya tentang fotografi berkembang.

Saya pulang dengan kelulusan cemerlang. Namun emak saya tak tahu apa-apa. Yang dia tahu saya asyik minta kerja. Ada orang kampung kata saya tak akan kemana-mana dengan sijil tu sebab fotografi belanjanya mahal. Itu saya akui.

Hasrat untuk bekerja bagi menyara emak saya masih menebal. Tahun 1978 saya memohon jadi konstebal polis. Namun gagal kerana dada saya kecil. Pegawai polis berpangkat Inspektor melahirkan rasa rugi kerana saya sudah memiliki kemahiran menulis dan fotografi. Mungkin jikalau dapat kerja tersebut sekarang saya salah seorang anggota bahagian penerbitan PDRM.

Nak jadikan rezeki, hujung tahun 1979 saya ditawarkan bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Bertempat di makmal Fakulti Sains UKM di Seksyen 16 Petaling Jaya saya bertugas dengan Sdra Khalil (Hj) Alwi. Banyak tunjuk ajar saya perolehi daripada beliau.

Saya bertugas dengan Khalil di Petaling Jaya. Kerja bercampur dengan kakitangan makmal. Bidang kerja banyak merakam gambar-gambar hasil penyelidikan pelajar di makmal. Mula-mula agak menjemukan sebab minat saya pada bidang foto kewartawanan. Langsung saya mula diasuh bagiamana merakam gambar-gambar spesimen makmal. Akhirnya minat bertambah kerana sains biologi adalah salah satu minat saya. Saya berminat tentang biologi. Akhirnya saya terus menjadikan fotografi sains sebagai bidang tugas saya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cara jaga kamera

Sila klik  dan tonton video