Catatan

Tunjukkan catatan dari 2007

Saya berhijrah

9 Ogos 2007 (pagi)- Sahabat saya Saliman Leman dari Perhubungan Awam menelefon;-"kau dah dapat surat?"-"belum....kau?"balas saya-"kau dah dapat?" tanya saya. Saliman kata belum, tapi Ikhwan sudah dapat surat dukacita. Petang itu pukul 2.30 dia menelefon lagi."Tahniah" katanya. Saya membalas dengan berkata janganlah ucap tahniah lagi. Surat belum dapat. Itulah senario yang terjadi sejak pagi 9 Sept hinggalah petang 10 Sept apabila saya sedang bermesyuarat dengan Jawatankuasa Banjir Johor yang dipengerusikan oleh Prof.Dr. Salmijah Surip, Roslin dari Pejabat dekan FST memberitahu surat tawaran kenaikan pangkat ke Jurufoto Kanan ada diatas mejanya.Tuan Haji Razak Husin (Ketua Penolong Pendaftar Kanan Fakulti Sains dan Teknologi) yang duduk disebelah saya berubah wajah sambil mengucapkan tahniah ketika saya memberitahunya saya telah mendapat tawaran naik pangkat tapi perlu berpindah jabatan dalam UKM. Pada 12 hingga 16 Ogos 2007 UKM mengadakan Majl

Fotografi: Kerjaya dan hobi dalam Kehidupan saya

Jika menceritakan cita-cita rasanya semuanya bermula ketika di bangku sekolah. Kita mempunyai ramai idola dalam kehidupan masing-masing. Zaman 50,60 dan 70an kita tidak ramai idola dalam masyarakat. Kalau ada pun petugas seperti guru, polis,askar, posmen merupakan penjawat awam yang biasa kita temui setiap hari. Kita belum ramai doktor, peguam,jurutera,akitek,profesor, dan sebagainya. Minat untuk menjadi menteri dan wakil rakyat belum timbul. Minat untuk menjadi usahawan belum termimpi. Ayah pernah bertanya semasa saya mengikutinya ke kebun getah; nak jadi apa bila besar? Jawab saya; posmen. Ayah tanya lagi polis? Saya jawab tak mau!!!.Kenapa?; tanya ayah. Garang; jawab saya. Maaf tuan polis!! Saya memang takut polis. Sebab itulah suatu hari bila lalu depan balai polis Sungai Petani, dekat pagar keretapi saya berhenti lama. Ayah tanya kenapa? Saya kata takut polis. Kenapa takut? Saya jawab, ni haaa senapang kat tangan nanti polis tangkap. Ayah tersenyum; Aaah kan itu senapang mainan, m