IsteriKu trauma

Inilah yang dikatakan takdir Allah. Jika Allah hendak menguji hambanya tetap Dia uji.


1 Ogos saya ke Wisma UNIKEB (Koperasi UKM) nak ambil cek dividen 2004. Ahhh bukan banyak sangat, cukuplah kalau nak bawa anak-anak beli baju dan "jalan-jalan cari makan".



Tidaklah lama di Wisma UNIKEB. Lepas tu keluar......,dan nak balik ke pejabat hantar isteri ke tempat kerja dia. Entah macamana tiba di simpang berhampiran Jabatan Pembangunan saya membelok masuk ke Pusat Penerbitan dan Percetakan. Nak hantar wang hasil jualan foto kat Hj. Mail. Park kereta betul-betul depan foyer......


Kat dalam berborak sekejap dengan Anah, Ikhwan dan En.Rosly. Isteri saya kata tak mau simpan wang orang lama-lama takut kena curi....Tak sampai 10 minit kami keluar. Wau....!!


"Tayar kereta kita bocor....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" kata saya "Mana?" tanya isteri.......Saya buka kereta nak ambil jeck..... Woii saya terkejut. Cermin pintu sebelah pemandu pecah. Ahhh mula-mula lurus bendol lagi ingatkan cermin panas.


Last sekali isteri menjerit "Envelop hilangggggg". Nah kau, dalam ada Maycard (dah jadi Yourcard!!), Lesen memandu, handphone, dan wang.... tak banyak pun cukuplah untuk petrol 2 minggu (sebab petrol naik 10 sen untuk kali ketiga tahun 2005).


Apa lagi masuk balik jumpa Ikhwan, Amnah. Last semua kawan-kawan kat Pusat Penerbitan dan Percetakan keluar. Al-maklum Pusat Penerbitan dan Percetakan selalu saya berurusan kat situ. Kawan-kawan satu profession ramai di situ...!


Rupa-rupanya si penyangak dah plan....Dia orang nak rompak saya dan isteri. "Depa" dah pasang paku sejak di Wisma UNIKEB. Plan mereka kalau tayar pancit nak tolong. Sambil tolong nak rompak wang saya, barang kemas yang ada sedikit kat badan isteri. Maklumlah perempuan mesti adalah sikit rantai atau cincin. Kalau tak mana boleh nak beza antara wanita dan lelakikan? Tapi perompak ni, dia lupa kuasa Allah. Memang betul kuasa Allah sebab plan awal saya lepas hantar isteri kat pejabat dia saya nak pergi MayBank Bandar Baru Bangi. Tapi sampai kat lampu isyarat UKM saya belok ke dalam kampus.


Dia orang sudah geram agaknya, dihantamnya cermin kereta saya. Apa lagi berderailah......Cermin tu pula baru saya cuci dengan spray Ahad 31 Julai.....2005. Penyangak ni mungkin dah plan "Kayo pakcik hari ni" sebab mereka fikir saya keluar wang banyak. Maklumlah "ahli veteran UNIKEB".


Akhirnya Ikhwan dengan kawan-kawan termasuk pegawai kat Pusat Penerbitan dan Percetakan membantu tukar tayar. Mujurlah dia pecah kat situ. Kalau tidak penyagak tolong "tukar tayar!" dan minta upah dengan letak pisau kat leher......(hufff... tak sanggup teman.)


Sebenarnya kes saya ni kecik saja. tapi rugi adalah.....masa, tukar cermin dan tukar MayCard. Yang seronoknya masa kat Jabatan Pendaftaran isteri buat Maycard dengan menggunakan report polis atas nama saya. Kerani kat situ ambil no IC saya. Bila isteri nak ambil gambar terkeluar foto saya kat skrin komputer. Kata kerani tu "aik yg nak ambil gambar wanita camner keluar gambar lelaki?


Sebagai pengetahuan pembaca, saya sebenarnya sejak bekerja sebagai Jurufoto dah bersedia dalam kes-kes macam ni sebab tugasan saya ada ketika mungkin menjadi target musuh. maklumlah kadang tu pergi ambil gambar macam kerja Mr.Karam Singh Valia (TV3). Tambahan dua minggu dulu saya ada ambil gambar lori balak terbalik kat depan UKM. Cina kilang balak dah larang saya ambil gambar, saya degil jerr. Sebab apa saya perduli sebab kes berlaku depan UKM. Dia tanya saya "awak pegawai UKM ke?" saya kata"tak tau". Tapi dalam kes cubaan merompak ni saya fikir tak mungkin sebab hari kejadian kami suami isteri tak mengeluarkan wang pun..... Malang sungguh. Ingat dia kena belajarlah nak merompak dengan penyamun dalam cerita P.Ramlee "Ali Baba dengan penyamun".


Namun saya suka nasihatkan tuan-puan berhati-hatilah bila berurusan dengan bank. Sebab zaman sekarang manusia ramai terdesak. Tapi dalam kes, kalau dia terdesak tak der wang nak makan saya halalkan. Tapi kalau dia terdesak nak makan "Najis Dadah' biarlah dia makan sampai kenyang dan tak ingat lagi dunia.


Apa yang pasti tuan-puan kena berhati-hati.Sekian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah