Catatan

Saya Anak Ibu.

Imej
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah tempat kerja saya yang pertama dan terakhir. Ibu adalah syurga saya, semua orang tahu hal ini. Ketika saya mula-mula bekerja dulu telah bertekad untuk membahagiakan seorang ibu yang telah melahirkan saya. Ibu seorang ibu tunggal kematian suami ketika usia saya 11 tahun. Pernah seorang pemuda menyindir saya dah besar masih hidup di bawah ketiak mak. Saya diam kerana dia jahil agama (kalau dia faham sudah tentu dia tahu menjaga seorang ibu dapat pahala yang besar) dan tak faham sejarah hidup saya yang tak perlu di dihebohkan. Ibu pernah membesarkan saya dengan menoreh getah dikebun orang. Sebut saja di Kampung Sungai Batang, Sik, Kedah siapa yang kenal Mak Long Teh. Itulah ibu saya yang sering mengambil upah menanam padi, menuai padi setiap musim. Malah waktu malam dia akan membuat tikar mengkuang atau atap Rumbia.  Ibu tak tahu duduk diam. Menariknya di sebelah pehanya ibu saya terdapat golok sebagai senjatanya. Dia tak ada niat nak b...

Nota Ringkas Fotografi

Saya menyediakan nota ringkas fotografi. Sila klik di sini  http://www.alam-senifoto.com

Wujudkan Tabung Keluarga

Anda sering menghadapi masalah kewangan? Banyak hutang? Penyelesaiannya kita boleh lakukan dengan berbagai cara. Pinjam dengan koperasi, pinjam bank, pinjam dengan kawan dan keluarga. Paling sedih pinjam dengan Ah Long (orang lembutkan bahasa Along....).  Malah sistem KUTU juga cara penyelesaian kewangan yang terkenal dikalangan masyarakat kita terutama orang melayu. Bergadai juga antara kaedah penyelesaian kewangan yang tradisinol dan terkenal dikalangan kita malah akhirnya barang kemas tinggal kosong dalam simpanan! Jika semua cara diatas kita kata baik maka ia adalah kaedah penyelesaian yang kerap dilakukan oleh semua orang.  Saya suka wujudkan Tabung Keluarga untuk kes-kes kecemasan. Malah ada kawan saya wujudkan sistem seperti koperasi dengan penglibatan agak besar. Siap buat mesyuarat tahunan. Ini kaedah menyelesaikan masalah-masalah kewangan seperti untuk pendidikan, kesusahan dan melancong. Menabungnya tak banyak boleh dimulakan dengan RM50 atau RM30. Anda boleh ...

Menahan Sendu Adalah Peribadi Jurufoto

Imej
Kami orang biasa. Kalangan kami ada yang tidak berkelulusan tinggi. Namun pada kebiasaannya kami berada dibarisan depan di mana-mana juga majlis. Orang tetap mengenali kami kerana kami adalah manusia yang bergelar Jurufoto. Izinkan saya berehat Fotografi kini hanyalah hobi saya bersama keluarga Saya tidak mahu ketogerikan mana-mana Jurufoto sebab semua oarng menggelarkan dirinya sebagai Jurufoto jika sudah memegang kamera. Tetapi jika kita mampu bertahan dengan kerjaya untuk jangkamasa lebih 20 tahun maka saya akan tabik dengan anda. Sebab, ramai yang kecundang selepas hanya lima tahun memegang kamera. Saya ada kawan-kawan yang masih bertahan sehingga 30 tahun menjadi Jurufoto. Menjalankan perniagaan dalam bidang fotografi. Ada juga yang menjawat jawatan Jurufoto sehingga bersara, seperti saya. Pada saya bersara hanyalah syarat wajib dalam perkhidmatan kerana wajib mengundurkan diri kerana sudah cukup sy...

Jurufoto Perlu Pandai Mencium Peristiwa

Imej
Peristiwa 1: 15 Julai 1987 - Bangi. Selepas solat Jumaat saya sudah bersedia di sekitar Dewan Tun Abdul Razak UKM. Menurut sumber satu tunjuk perasaan akan berlaku selepas solat Jumaat. Saya dengan Wak Leman (Saleman Leman ) sudah bersedia. Suasana masih seperti biasa kerana waktu itu orang baru balik ke tempat kerja selepas solat Jumaat. Seperti tiada apa=apa yang akan berlaku. Kata saya kepada Wak Leman "tak jadi kot" dalam loghat Kedah. "Tunggu....mesti jadi punya", jawab Wak Leman dengan sedikit lenggok Jawa dia............... Jam 2.40 petang tiba-tiba terdengar bunyi motosikal. Kemudian kelihatan kumpulan pelajar dengan agak ramai memulakan perhimpunan mereka di jalan masuk UKM. Mereka memulakan tunjuk perasaan.  Saya berbisik dalam hati, "Waa adakah peristiwa 1970an kembali tercetus di UKM?". Usaha menghalang kemaraan pelajar yang semakin ramai dilakukan oleh pasukan keselamatan UKM.  Pagar manusia dibina namun dapat dirempuh. Ak...

Gerhana Bulan Penuh Pada 28 Julai 2018

Video dirakam dan disunting oleh Abd Raai Osman 

Saya Bukan Jurufoto Lagi | Setelah 100 Hari Bersara

Imej
Di perkampungan nelayan yang dibangunkan oleh bintang filem terkenal Jackie Chan Hari ini telah 100 hari saya bersara. Namun ia bagaikan satu pencutian yang panjang. Namun oleh kerana saya telah meletakkan diri ini pada mood bersara sejak dua tahun dulu maka fobia bersara tidak terasa oleh saya. Menariknya tarikh persaraan saya ada tiga peristiwa yang berturutan. Sebulan sebelum hari persaraan saya telah mengadakan majlis perkahwinan puteri sulong. Sebulan selepas bersara umat Islam menyambut bulan Ramadan dengan berpuasa. Dua bulan selepas bersara kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Justeru, saya tidak terasa sunyi walaupun telah hilang ribuan rakan-rakan dari UKM. Paling tenteram pada bulan Ramadan ini saya boleh berpuasa dan bertarawih dengan tenteram. Agak melegakan saya ialah tekanan darah saya turun. Ini yang membuat saya bersyukur. Apa yang saya buat selepas bersara? Banyak....kebetulan isteri saya juga sama-sama bersara dan kami sambung berbulan madu!...