Catatan

Jangan buat dosa

Ini pendapat saya: Sejak tahun ini banyak info tentang kekotoran buah kurma. Pada hemat saya ini viral yang dicipta oleh pedagang bukan Islam untuk melumpuhkan perniagaan orang Islam. Pastikan sumber yang sah kerana kafir sedang merosakkan umat Islam dengan berbagai cara. Kita dah berpuluh tahun makan kurma. Sedangkan pada tahun 1970 saya makan kurma lagi rendah mutunya. Malahan ketika melawat ladang dan pasar kurma di Madinah kekotoran tidak nampak pun. Tanyalah mereka yang pernah ke sana. Jangan jadi macam negara India yang melarang rakyat beragama Islam membawa balik Air Zam-Zam. Jika nak bawa balik juga mereka rendam kain ikhram dengan air zam-zam. Berhati-hati dengan dakyah orang kafir. CUBA KITA BAYANG JIKA PERNIAGAAN KITA DITOHMAHKAN BEGINI.... RAAI OSMAN

UKM rumah keduaku

Imej
UKM saya kenal namanya menerusi seorang guru, cikgu Yusof yang ditawarkan menuntut sekitar tahun 70an iaitu ketika UKM mula ditubuhkan pada 18 Mei 1970. Semua anak muridnya berbangga bila dia mengumumkan nak masuk UKM. 1979 saya melangkahkan kaki masuk UKM untuk bertugas sebagai Jurufoto. Bermula dari situ saya telah menjadi seorang perakam sejarah sehingga hari ini. Menjelang sambutan ke-47 penubuhan UKM saya akan mencoretkan beberapa kenangan yang boleh dijadikan ikhbar kepada generasi baru UKM. Lebih-lebih lagi tahun ini adalah tahun terakhir saya berada di UKM sebagai warganya maka sudah tentu terlalu banyak peristiwa pahit manis dalam melihat sebuah universiti awam bangun dan tersohor di mata masyarakat. Ketika saya melaporkan diri di UKM kampus Bangi, keadaan kampusnya tidak seperti sekarang. UKM berada di dalam hutan. Bandar Baru Bangi tidak secanggih sekarang. Kalau sesiapa yang datang dari daerah Baling Grik, Sik, Gua Musang dia mesti berkata  " aah UKM...

Ketika Bonda dan Ayahanda kembali ke Rahmatollah

Imej
Imeg: homefamilysite Kita mungkin tidak pernah menyerapkan satu perasaan kenapa ustaz-ustaz sering kali menyarankan anak menjadi imam ketika ibu atau ayah meninggal dunia. Begitu juga kita mungkin tidak pernah terfikir untuk menghayati cara-cara memandikan jenazah, terutamanya jenazah itu ibu atau ayah kita. Tanyalah kepada ustaz-ustaz apa yang mereka rasai ketika pertama kali melakukannya. Mungkin mereka tidak merasai apa-apa jika telah berpuluh atau beratus jenazah yang telah dimandikan atau di solatkan sebagai imam. Secara jujurnya saya ingin mengajak anda mempelajari kaedah memandikan, mengkafankan dan menjadi imam solat jenazah. Pergilah ke mana-mana kursus yang dianjurkan oleh masjid, surau, jabatan tempat kerja bagi mengetahui selok belok pengendalian jenazah. Tidak kira anda lelaki atau wanita bagi saya ilmu ini perlu dipelajari. Ibu kita tanpa memikirkan kesakitan yang teramat sangat untuk melahirkan kita. Ada ayah yang mampu membersih dan menanam uri hasil ke...

Daripada Allah Dia Datang Kepada Allah Dia Kembali

Imej
Allahyarham ketika menziarahi saya pada tahun 2015 di hospital Idham Zakaria akan menyambut ulangtahun kelahirannya 2 Mei 2017 kali ke-40. Semalam 29 April 2017 Allah telah menjemput Idham kembali ke pangkuan-Nya ketika berada di Janda Baik, Pahang. Balu Allahyarham memberitahu Idham di serang masalah jantung dan terus meninggal. Meninggalkan dua anak yang masih kecil. Idham adalah mantan Pegawai Penerbitan di Pusat Komunikasi Korporat UKM dan menamatkan perkhidmatan dengan kehendaknya sendiri tahun lepas. Di UKM arwah diberi tanggungjawab membangunkan Web TV bagi tujuan mempromosikan UKM. Dalam usia yang masih muda, Idham mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang penyiaran. Pernah berkhidmat di TV3, Astro. Antara rancangan yang terkenal yang pernah diterbitkan Allahyarham ialah Akademi Fantasia pada siri-siri awal. Maka dengan pengalaman itu membuatkan dia dibawa ke UKM. Usaha UKM melibatkan industri luar dengan kepakaran penyiaran telah berjaya. Allahyarham me...

Cikgu Lah telah pergi meninggalkan kita

Imej
Cikgu Lah telah kembali ke Rahmatollah jam 6.15 petang 20 April 2017 di Hospital Besar Pulau Pinang yang dipercayai akibat komplikasi jantung. Abdullah Ahmad pernah menjadi guru di Sekolah Menengah Sik Kedah sekitar tahun 70an dan bersara sebagai Pegawai Pendidikan dan menetap di Batu Uban Pulau Pinang. Cikgu Lah terkenal sebagai guru disiplin dan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya jadi rapat dengan beliau kerana menjadi pengawas sekolah. Arwah memang tegas tapi ketika itu murid lebih gemar menyebut garang. Era teknologi IT menemukan kembali Cikgu Lah dengan ramai anak muridnya. Saya dapat berjumpa dengan beliau tiga kali. Pertama di rumah puterinya di Kajang, kedua saya dan keluarga ke rumah beliau. Kali terakhir di majlis reunion sekolah yang diadakan di Sungai Petani. Diusia persaraannya Cikgu Lah kembali rapat dengan bekas anak-anak muridnya. Malah beliau amat mesra dengan kami walhal ketika  bersekolah dulu kami begitu hormat dan takut dengan Cikgu Lah....

Setelah hampir setahun: Kenangan di Tanah Suci, rindunya

Imej
Ahli rombongan  Mina, Mekah Masjid Qiblatain, Madinah Menara jam di Mekah Menara jam di Mekah Arafah, Mekah Jabal Nur Mekkah Jabal Nur Mekkah

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah

Imej
Ketika saya merakam gambar ini tidak apa yang dikisahkan oleh Mutawif. Saya tertarik dengan seni kejuruteraannya. Malah saya ada berkata jika hendak membina bangunan di atas bukit berbatu kenalah belajar daripada Jurutera arab.  Di atas bukit itu kini telah berdiri sebuah komplek istana milik Kerajaan Arab Saudi yang diberi nama Kingdom Palace.