Catatan

Anak Yatim dan Orang-Orang Tua

Sudah menjadi perkara biasa apabila berjalan-jalan di mana-mana sahaja kita akan bertemu dengan kumpulan atau individu membawa tabung atau surat meminta derma atau sedekah untuk tabung anak-anak yatim dan orang-orang tua. Saya ingin memetik satu tulisan; "Rasulullah SAW bersabda dalam hadits yang sangat banyak tentang anjuran bersedekah. Salah satu hadits yang dikemukakan oleh Imam Ali kw, Rasulullah SAW bersabda, “Barang yang disedekahkan apabila telah lepas dari yang memberi, ketika akan sampai pada tangan penerima, dia mengucapkan lima kalimat.....(baca seterusnya di blog berikut Sila klik ). Kenapa masih wujud kumpulan atau individu seperti ini? Sabtu lepas saya sempat berbual dengan sorang Ustaz yang sudah dikenali sekian lama membuat kutipan sedekah di Bangi. Menguruskan Rumah Anak-Anak Yatim dan Orang-Orang Tua banyak cabarannya menurut Ustaz Ismail (bukan nama sebenar). "Walaupun kerajaan ada membantu, namun kami perlu mencari sendiri untuk menam...

Tun Fatimah Hashim

Imej
 
Tun Fatimah Hashim satu nama besar dalam perjuangan memartabatkan kaum wanita di Malaysia. Ketika berita kematiannya diterima menerusi SMS yang dikirim oleh pusat berita membuatkan saya tergamam sebentar. Allahyarhamah adalah wanita besar dalam sejarah pembangunan Malaysia. Saya tidak mengenalinya. Namun sejarahnya kita boleh baca dari bahan-bahan sejarah negara. Malahan hasil perjuangannya membolehkan saya mengenali seorang anaknya yang menjadi tokoh terkenal dalam bidang perubatan di UKM. Tepat kata peribahasa, "harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, manusia mati meninggalkan nama". Jauh dari itu Tun Fatimah mati meninggalkan jasa! Minggu lepas apabila Ketua Jabatan saya, Prof Dr. Kamarudin M. Said memberitahu "saya dapat panggilan telefon dari pejabat Naib Canselor minta Unit Foto buat liputan di Majlis Memperingati Tun Fatimah", saya sendiri yang mengambil peluang ke majlis itu. Sesuai dengan kedudukannya semasa hayat, majlis terse...

Kalau dah rezeki

Saya bertemu dengan Kahar secara kebetulan di sebuah kedai runcit ketika dia sedang membetulkan motosikalnya. Di atas tempat duduk motosikalnya terdapat sebuah mesin basuh. Kahar memberitahu mesin basuh itu diambil dari rumah orang untuk dibaiki. Saya berminat berbincang dengan beliau kerana di rumah terdapat sebuah mesin basuh yang perlu dibaiki. Disebelah malam Kahar datang ke rumah saya untuk mengambil mesin basuh yang hendak dibaiki. Apa yang menarik untuk saya ketengahkan di sini ialah sikapnya yang ingin berdikari dengan caranya bagi menyara hidup. Kata Kahar kepada saya, beliau tidak mencuri, yang penting dia mendapat rezeki yang halal. Hari ini, hanya dua hari mesin basuh saya telah siap dibaiki dan dihantar ke rumah dengan kos penyelenggaraan yang berpatutan. Ketika menghulurkan wang upah dan kos membaiki mesin basuh saya memuji beliau kerana dapat membaiki mesin saya dalam tempoh yang begitu singkat. Saya tahu, dia harus memcari rezeki dalam masa terdekat untuk h...

Telah genap tiga belas tahun

Imej
Foto kiri: Pelajar Sesi 2009-2010 Kanan: Sesi 208-2009 Hari ini genap tiga belas tahun saya mengendalikan kursus Seni Foto Ko Kurikulum di UKM. Saya masih ingat ketika itu kursus ko kurikulum hanya diwajibkan kepada pelajar untuk memenuhi syarat pengijazahan. Tanpa lulus kursus ini mereka tidak akan dapat segulung ijazah. Setiap hari Rabu saya akan memulakan kuliah/simulasi bermula pukul 5 petang. Agak kelam kabut juga mengendalikan kuliah itu kerana ia akan bermula pukul 5 hingga 8 malam. Pukul 8 malam saya perlu menghantar anak ke kelas pengajian Quran sehingga pukul 9 malam. Syukur beberapa tahun kemudian UKM telah mengubah pengajian kursus ko kurikulum pada hari Sabtu. Justeru saya mengambil pukul 9 pagi hingga 12 tengahari. Rasanya pukul 9 pagi agak selesa. Namun pada waktu itu jadual bekerja kakitangan kerajaan Sabtu minggu pertama bekerja dan Sabtu minggu kedua tidak bekerja. Maka jikalau hari Sabtu cuti saya akan memulakan kuliah pukul 9 pagi, manakala Sab...

Sekali lagi! Bila lagi agaknya?

Kemalangan bas express yang melibat 10 orang terkorban di Ipoh mengejutkan Polis, Bomba, RELA, petugas hospital, wartawan. Sebenarnya lebih mengejutkan lagi ialah keluarga mangsa yang terlibat. Bagaimana dengan pemandu bas express? Kemalangan melibatkan nyawa seramai 10 orang bukan boleh dibuat main-main. Seorang pemandu yang hanya melanggar seekor ayam atau kucing boleh trauma seminggu. Inikan pula 10 orang. Sesiapa sahaja yang pernah bertemu bas perjalanan jauh di lebuhraya mungkin sering bertemu dengan pamandunya yang memandu laju. Maaf kepada yang tidak memandu begitu. Saya pernah memberi laluan kepada sebuah bas yang dipandu laju di belakang kereta saya. Saya pernah melihat sebuah bas membunyikan hon kepada sebuah kenderaan dilebuhraya sedangkan kereta tersebut memandu di lorong tengah. Saya pernah menaiki bas dari Guar Chempedak, Kedah pada suatu malam. Selepas bas tersebut mengambil penumpang di Sungai Petani, Kedah bas tersebut hanya berhenti rehat di R&R ...

Bos.........

Imej
  Masih lagi berterusan: Gambar dirakam di Hentian Seremban ketika saya dan rakan-rakan setugas dalam perjalanan ke Tasik Chini pada 18 Julai 2010. Ketika ke Klang dua minggu lepas menggunakan lebuhraya Shah Alam Klang, saya telah disapa oleh seorang lelaki sambil memperkenalkan sebuah telefon bimbit. Bentuk dan jenamanya menarik. Saya menggelengkan kepala tanda tidak mahu. Minggu lepas dan semalam ketika ke Rawang untuk urusan majlis kenduri di rumah anak saudara yang mengahwinkan anaknya, saya disapa lagi oleh sekumpulan lelaki yang menjual telefon bimbit, jam tangan dan cermin mata. Kejadian ini berlaku di kawasan R&R Rawang. Saya lihat mereka dalam kumpulan yang ramai duduk di tembok dan di tempat duduk yang terdapat di R&R itu. Cara mereka berniaga hanya menegur orang yang lalu lalang sambil menunjukkan telefon bimbit yang hendak dijual. Atas rasa ingin tahu, ssaya melayan salah seorang lelaki tersebut. Berikut antara dailog yang bualkan dengan lelaki tersebu...