Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel usim

Menahan Sendu Adalah Peribadi Jurufoto

Imej
Kami orang biasa. Kalangan kami ada yang tidak berkelulusan tinggi. Namun pada kebiasaannya kami berada dibarisan depan di mana-mana juga majlis. Orang tetap mengenali kami kerana kami adalah manusia yang bergelar Jurufoto. Izinkan saya berehat Fotografi kini hanyalah hobi saya bersama keluarga Saya tidak mahu ketogerikan mana-mana Jurufoto sebab semua oarng menggelarkan dirinya sebagai Jurufoto jika sudah memegang kamera. Tetapi jika kita mampu bertahan dengan kerjaya untuk jangkamasa lebih 20 tahun maka saya akan tabik dengan anda. Sebab, ramai yang kecundang selepas hanya lima tahun memegang kamera. Saya ada kawan-kawan yang masih bertahan sehingga 30 tahun menjadi Jurufoto. Menjalankan perniagaan dalam bidang fotografi. Ada juga yang menjawat jawatan Jurufoto sehingga bersara, seperti saya. Pada saya bersara hanyalah syarat wajib dalam perkhidmatan kerana wajib mengundurkan diri kerana sudah cukup sy...

Gempur Wira di Mempaga 2014

Imej
Seawal pukul 6.00 pagi pegawai muda kadet UKM telah bersiap sedia di sebuah ladang kelapa sawit Mempaga Pahang. Mereka menunggu arahan untuk mara dengan berjalan kaki sejauh 25km dalam masa tiga hari. Mereka telah bermalam sejak 31 Januari 2014 ketika itu adalah cuti umum Tahun Baru Cina. 8.00 pagi mereka mara ke jalan besar yang menghubungkan Mempaga ke Raub iaitu jalan alternatif ke Kelantan. Setiap seorang baik lelaki mahu pun wanita membawa bebanan seberat lebih kurang 10kg. Lebih berat bagi kadet yang membawa peralatan semboyan. Disamping itu mereka akan membawa senjata api paling ringan pun M16. Tidak sampai 500 meter penulis mendengar bunyi tembakan senjata api. Pasukan yang berada di belakang sekali akan mengambil perlindungan dengan meniarap atau duduk di tepi jalan. Dari jauh kedengaran tembakan berbalas dengan tembakan sambil arahan mara untuk mengempur musuh. Penulis yang ditugaskan membuat liputan bergambar dan berita betul-betul merasakan bagaikan berada di medan pe...