Dingin Subuh di Sungai Petani
Saya tiba di bandar Sungai Petani sekitar pukul 5.30 pagi. Ketika saya berjalan kaki dengan dua buah beg, (beg pakaian dan kamera) suara Bilil membaca Tarhim Subuh berkumandang dari masjid begitu menggamit hiba. Berjalan seorang diri dalam kedinginan malam setelah turun dari bas untuk menuju ke masjid agak membimbangkan kerana membawa sebuah beg berharga. Suara Bilal semakin jelas itu menanda masjid yang saya perlukan untuk bersolat Subuh itu sudah hampir. Setibanya saya di perkarangan Masjid Sultan Mudzaffar Shah, Bilal mengumandangkan azan. Syahdu sekali dan terasa pagi itu dunia ini cukup berharga buat seorang musafir kerana Allah telah memberikan ruang masa untuk saya berjumaah. Syukur saya dapat bersolat Subuh di Masjid Sultan Sungai Petani begitu istimewa buat saya sehingga kini. Pada bulan April tahun ini saya membawa keluarga keliling bandar ini semata-mata hendak memberikan gambaran jerit perit bersekolah dalam darjah satu pada tahun 1965. Mereka mungkin tidak akan perc...