Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pelajar UKM mantap

Gempur Wira di Mempaga 2014

Imej
Seawal pukul 6.00 pagi pegawai muda kadet UKM telah bersiap sedia di sebuah ladang kelapa sawit Mempaga Pahang. Mereka menunggu arahan untuk mara dengan berjalan kaki sejauh 25km dalam masa tiga hari. Mereka telah bermalam sejak 31 Januari 2014 ketika itu adalah cuti umum Tahun Baru Cina. 8.00 pagi mereka mara ke jalan besar yang menghubungkan Mempaga ke Raub iaitu jalan alternatif ke Kelantan. Setiap seorang baik lelaki mahu pun wanita membawa bebanan seberat lebih kurang 10kg. Lebih berat bagi kadet yang membawa peralatan semboyan. Disamping itu mereka akan membawa senjata api paling ringan pun M16. Tidak sampai 500 meter penulis mendengar bunyi tembakan senjata api. Pasukan yang berada di belakang sekali akan mengambil perlindungan dengan meniarap atau duduk di tepi jalan. Dari jauh kedengaran tembakan berbalas dengan tembakan sambil arahan mara untuk mengempur musuh. Penulis yang ditugaskan membuat liputan bergambar dan berita betul-betul merasakan bagaikan berada di medan pe...

Hari Sabtu buat saya

Saya pernah merasai bekerja hari Sabtu semenjak bertugas di UKM bermula tahun 1979. Kemudian ada dua versi, Sabtu bekerja dan ada Sabtu bercuti. Kini Setiap hari Sabtu semua pejabat kerajaan diutup. Namun jika kuliah sedang berlangsung di mana-mana universiti dan khususunya di UKM saya tidak pernah merasai cuti pada hari Sabtu. Saya harus berada di bilik kuliah BSL114H kerana mengendalikan kursus Seni Foto HK1131,1141 dan 1143. Bagi saya bertugas pada hari Sabtu bukanlah pelik. Malahan saya menjadi kurang selesa jikalau pagi Sabtu berada di rumah. Andai ada apa-apa program keluarga saya hanya akan melunaskan selepas jam 12 tengahari. Bukan bermakna saya abaikan program keluarga. Namun andai terdapat kejadian kecemasan saya masih dibolehkan menunda kuliah. Walaupun saya hanya pensyarah sambilan mengendalikan kursus ini tapi harus ingat, saya perlu mematuhi semua peraturan akademik di UKM. Pada 2 mei lalu peperiksaan teori telah berlalu keputusan sudah pun saya capai. Siapa dapat A, na...