Saya mengenali Haji Ismail Ibrahim (Mail) ketika beliau bertugas di Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekitar tahun 80an. Masa tu Mail ni belum lagi berjawatan Jurufoto. Kemudian Mail naik pangkat Jurufoto gred B17 pada 7 Mei 1994 dan ditempatkan di Pusat Penerbitan dan Percetakan UKM (PTP). Haji Mail (tengah) Rezekinya murah selepas itu Mail naik pangkat B27 pada tahun 2003. Walaupun pada waktu itu ramai yang datang temuduga termasuk saya rezeki menyebelahi Mail. Mail meneraju Unit Foto Penerbit selepas itu setelah ditukar nama dari PTP. Jawatan itu kosong setelah bersaranya abang Fadil. Pada tahun 2007 saya berpindah ke Penerbit dan bertugas bersama-sama dengan Mail. Maka bermulalah siri kehidupan saya secara akrab dengan Mail yang serba boleh. Ketika di Penerbit UKM saya Mail banyak mengatur program kursus fotografi untuk staff UKM dan pihak luar. Mail ni rajin cari peluang. Dapatlah kami membimbing pelajar-pelajar dari kalangan anak-anak FELDA....