Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bertabah; viruscovid19; malaysia

Virus Covid 19: Bertabahlah Wahai Hati

Imej
Kita sering mendengar bencana berlaku di negara orang baik banjir, gempa bumi, gunung berapi dan tsunami. Di Malaysia sering hadapi ialah banjir besar di Pantai Timur, Johor dan di beberapa negeri lain. Rakyat Malaysia masih bertuah Allah tidak menurunkan bencana dalam skala besar. Tsunami di Banda Acheh dan 14 buah negara lain telah mengorban sekitar  230,000-280,000 orang dan membanjiri masyarakat pantai dengan gelombang hingga 30 meter (100 kaki) tinggi. Ia adalah salah satu bencana alam paling dahsyat dalam sejarah yang direkodkan. Indonesia adalah negara paling sukar dilanda, diikuti oleh Sri Lanka, India, dan Thailand.  Tsunami berlaku pada 26 Disember 2004. Seluruh dunia gempar termasuk rakyat Malaysia. (Sila baca catatan saya dengan klik di sini Tsunami di Banda Acheh ) Menteri Hal Ehwal Islam Di Malaysia sering terjadi banjir besar yang memusnahkan harta benda dalam jumlah yang besar. Rumah-rumah rosak. Walaupun tidak mengorbankan jiwa dalam jumlah yang r...