Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pudu Centeral KL

Apa boleh buat

Imej
14 Disember setelah membuat keputusan nak balik Kedah untuk majlis reunion sekolah, saya membuat keputusan hendak menggunakan KTM. Kerana dah lama tak naik keretapi antara bandar maka saya membuat cadangan itu dan ke KL Senteral. Saya keciwa kerana tiket untuk perjalanan 15 Disember telah habis. Menyusuri laluan LRT saya ke Pudu Central (sebelum ni Pudu Raya) bersama isteri. Kalau ke Kuala Lumpur sebenarnya saya lebih selesa naik keretapi eletrik sahaja. Teruja juga bila masuk sahaja Pudu Central isteri saya menjadi macam "rusa masuk kampung" (termasuk saya...). Keratan akhbar tulisan saya. Apa istimewanya Pudu Central (PC) sehinggakan kami teruja. Pertama di sinilah berputiknya hubungan kami berdua yang membawa ke jinjang pelamin! Kedua di PC lah tempat saya menghantar dia balik kampung setiap kali nak balik ke Muar. Ketika, PC telah mengubah warna kehidupan Pudu Raya (PR). Sebelum ini. Saya pernah menulis dalam Watan sekitar tahun 1980an mengenai PR. Saya kagum denga...