Bone Marrow

Syukur Alhamdulillah semalam 7Feb saya telah selamat melalui pembedahan kecil bagi mengambil darah pada sum-sum tulang dan mengeluarkan isi sum-sum tulang. Sumber gambar: Google Ia disebut Bone Marrow yang mana bertujuan mengkaji sel darah putih saya kenapa rendah. 31 tahun dulu arwah ibu saya pernah lalui prosider ini dan saya dibayangi *metos* maut selepas proses itu. Syukur ketika itu saya rujuk dengan @Hajjah Mimi Nora yang pernah bertugas di Patologi. Semalam saya lalui dengan izin Allah berjaya dan tak mememikirkan metos dan doktor pakar berpuashati. Tahniah HCTM 👇