15 Jun 2022

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022

 

Hari ini hari akhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022. Peminat buku telah mengambil peluang keemasan sejak seminggu lepas.


Ada yang datang dengan membawa beg besar dan kecil. Ada yang membawa balik buku dengan beg pelastik berjenama penerbit buku tersebut.

Kelonggaran PKP membolehkan PBAKL diadakan tahun ini. Para penerbit lega dan terasa bagaikan hari raya. Mereka bersaing cara sihat untuk menjual buku-buku. Ada yang menawar potongan harga.

Saya sebagai penulis baharu dapat belajar membuat pemasaran. Berdiri di gerai Nurul Syahida Hassan atau SHE sambil mengajak pengunjung membeli buku tulisan saya. Baru terasa bagaimana nak menarik minat pembeli.

Lakukan live di Facebook. Bercakap dan mempromosi walaupun belum tentu ada pembeli.

Zaman sekarang penulis bukan macam zaman dulu. Tulis dan hantar kepada penerbit kemudian dapat honororium jika buku kita bermutu.

Rumusannya nak jadi penulis kena minat berniaga. Keluarkan modal. Kalau nasib baik kita akan kaut keuntungan jika tidak kena usaha lagi.

Pembaca berbagai kumpulan. Remaja minat pada novel cinta. Kanak-kanak dengan buku latihan dan komik. Orang dewasa akan membeli buku agama atau motivasi.

Ada 12 jam lagi PBAKL 2022 akan berakhir. Saya cadangkan sila ke sana dengan berbelanja ikut kemampuan anda. Pelaburan membeli buku akan membina perwatakan, kreatif dan inovasi kita.

Lihat video PBAKL 2022 https://www.youtube.com/watch?v=ptA6VYekRpQ





Buku Trevelog Haji

 Antara Doa & Air Mata Perjalanan mengerjakan haji bukan mudah. Setiap Jemaah haji pasti ada cerita tersendiri sepanjang perjalanan mere...