04 Februari 2022

KL dan Aku

 Aku berjalan menyusuri Jalan Tuanku Abdul Rahman. Jalan mulai sibuk waktu kerana orang sedang balik kerja.Itulah jalan menuju ke rumah sewa di Kampung Kolam Air (kampung setinggan) berhampiran Sekolah Seri Putri.



Ketika itu Kuala Lumpur masih tenang walaupun sudah ada lorong-lorong hanyir yang terkenal di Jalan Haji Husain. Kadang-kadang kesian aku tengok ada wanita separuh abad duduk di kerusi di belakang rumah kedai yang kemudiannya baru aku tahu mereka menunggu pelanggan! 


Berhampiran show room Tan Chong Motor sering kelihatan Jefry Din menunggu bas mini untuk balik ke rumah. Biasanya aku tak kisah dia sebab masa tu beliau penyanyi yang sedang meletop.


Ada masanya aku akan singgap di pejabat Varia Pop berjumpa sahabat jurufoto di situ. Azaham Brado (arwah) akan melayanku. Nasib baik dapat berjumpa Mama Jui, seorang wartawan dan juga penulis lirik. 


Setiap Sabtu aku akan naik pejabat akhbar Watan jumpa Ghani Osman. Hantar artikel, cerpen. 


"U dah tahu Halim dibawa polis?". Tanya Ghani. Saya geleng kepala.


"Kamu dah baca Malay Mail?" Tiba-tiba muncul YBhg Tan Sri Dato Paduka Mohamed Khir Johari dari pintu utama pejabat Watan. Ghani watawan veteran kena marah. 


Rupa-rupanya pagi itu Halim Mahmood, Ketua Pengarang telah dibawa oleh polis. Atas nasihat Ghani saya keluar dari pejabat Watan yang masih panas di bangunan Pustaka Antara. 


Suatu petang berhampiran pejabat Perkim aku disapa oleh seseorang. Bila aku toleh rupanya Halim rakan sekampung yang juga penjenayah kampung yang terkenal dengan kerja mencuri, pecah rumah. 


Kami bersembnag sekejap. Halim ni walaupun samseng kampung dan kini pegang kawasan Pasar Borong lama tapi dengan saya dia baik. 


Tiba-tiba kawan dia dari jauh menjerit, "Bon...bon..". Prdan Halim "Hang jalan dulu tu polis...". Aku jalan tanpa bersalah meninggalkan Halim. 


KL..penuh ranjau...syukur aku dapat mengawal diri.


#memoir

Rezeki Tidak Salah Alamat

  Kisah ini terjadi 50 tahun dulu apabila seorang menantu ingin meminjam wang dari ibu mertuanya kerana hendak membeli tanah. Kata ibu mert...