12 Disember 2021

Pusat Zakat Lemah

 


Pusat Zakat di mana-mana negeri sering ditibai oleh netizen di dalam media sosial. Yang kena tibai pastinya pegawai-pegawai pusat zakat kerana ada individu yang gagal memperoleh bantuan zakat.

Saya bawa beberapa kisah yang harus menjadikan kita berfikir untuk sejenak di hujung minggu ini.
1. Seorang pemandu Grab membawa saya pulang ke rumah dari pusat dialisis memandu Alfat. Katanya dapat duit pampasan beli kereta buat Grab. Saya tanya dia zakat bayar tak? Dia kata kena bayar ke?
2. Seorang pemandu Grab dengan bangga berkata kalau dia rajin kerja hingga jam 12 tengah malam sehari boleh dapat RM400 hingga RM600. Saya kata kat dia kena bayar zakat tu. Dia terpelahan keretanya. Mungkin terangkat minyak terkejut.
3. Berapa ramai yang membayar zakat pampasan, zakat KWSP setelah bersara. Setelah dibersarakan?
4. Di katil hospital seorang wanita Cina berkata kat saya "Melayu senang maaa...Dialisis zakat bayar ooooo".
5. Dua tahun ini saya setiap tiga kali seminggu selepas Subuh buat Dialisis. Sebelum gomen bayar saya kena bayar terlebih dahulu sebanyak RM230 sehari. Seminggu?, sebulan? Yang pandai kiralah.
Mesin yang mencuci darah saya disumbang oleh PPZ Selangor.
6. Di sebelah saya ada pesakit setiap pagi menghulur MayKad untuk membuat claim dari pusat zakat. Rupanya hampir 80% kat pusat Dialisis saya dibiayai oleh PPZ, Insuran, Socso.
7. Di taman saya hampir 20 orang asnaf dapat bantuan zakat bulanan. Malah kata pembantu amil kawan saya, itu pun ada suami bersembunyi dia miskin tak mahu terima tapi bila tanya isteri, sebenarnya mereka layak terima zakat.
8. Tahukah kita universiti yang berada di Selangor dibiayai oleh PPZ Selangor. Lihat di unit zakat universiti ramai yang berbaris menghantar permohonan. 50% dari kutipan zakat universiti tersebut dipulangkan kepada asnaf yang layak (warga pelajar, kakitangan miskin). Yang ini ramai tak tahu....
Kenapa saya menulis kisah zakat? Sebab saya antara pembayar zakat bulanan semasa bekerja dulu (terpaksa bagitau juga). Jika saya membiarkan PPZ ditibai oleh orang ramai maka saya membiarkan mereka membantai PPZ dan pembayar zakat
Kita banyak merungut apabila ada penyelewangan. Ketika tak dapat bantuan zakat. Baik, ketika kita mampu adakah kita membayar di mana hanya 2.5%. Kita pakai emas lebih 80 gram apakah kita bayar zakat? Setiap tahun amanah saham bayar dividen kita bayar tak zakat 65% dari deviden itu.
Bab layak bayar zakat tak semua orang tanya PPZ tapi bab layak bantaun semua orang bising.
Ingat macam nilah wahai sahabat, "ketika berangan nak kaya BERSEDEKAHLAH, ketika dah kaya BERZAKATLAH. Ketika ingin nak kaya di akhirat BERWAKAFLAH".

Rezeki Tidak Salah Alamat

  Kisah ini terjadi 50 tahun dulu apabila seorang menantu ingin meminjam wang dari ibu mertuanya kerana hendak membeli tanah. Kata ibu mert...