Saya sudah bosan dengan Facebook (FB). Mungkin
itulah resam manusia macam saya bila telah lama berada di FB sejak 2009. Di awal
pembabitan saya di alam FB terasa amat seronok maka hingga kini saya telah ada
lebih tiga ribu rakan. Malah rakan yang sudah meninggal dunia masih menjadi
rakan saya. Kadang-kadang terasa pilu melihat ada orang menghantar ucapan ulang
tahun kelahiran, sedangkan rakan itu telah meninggal dunia.
Kenapa saya amat mudah menerima permintaan menjadi
rakan FB? Mudah saja ia adalah kerana atas keinginan untuk berkawan. Malah ada
jauh dari itu kerana saya seorang karyawan foto yang beranggapan mereka ingin
berkongsi perkara yang ada kaitan dengan fotografi.
Namun harus diberitahu, saya mempunyai prinsip
dalam mengekalkan mereka dalam senarai rakan FB. Misalnya jika mereka ikhlas
saya akan terus membiarkan sebagai senarai rakan. Namun jika sebaliknya saya
akan menyahkan mereka malah akan terus menghalang dari senarai rakan.
Zalimkan?
Saya bukan sombong tetapi itulah prinsip saya dan
mungkin boleh ditiru oleh anda. Malah selepas membaca tulisan ini anda boleh
membuat keputusan samada mahu menjadi rakan atau tidak dengan saya.....
- Ada rakan FB yang mengambil kesempatan meminta yang bukan-bukan. Misalnya baru kenal sudah mahu bertemu. Bukan mudah untuk membuat keputusan bertemu dengan seseorang yang kita hanya kenal dalam FB. Hati budi, atau kepercayaan bukan boleh dibentuk dengan masa yang singkat. Sedangkan rakan sekampung, sedarjah, sekuliah, sepejabat juga susah kita nak percaya, inikan pula rakan alam maya yang sukar dibaca body language.
- Berhati-hati jika wanita cantik yang ingin menjadi rakan FB anda kerana ada sesetengahnya yang menyamar dengan wajah cantik sedangkan dia menyamar untuk menipu anda. Bayangkan selepas anda menerima dia menjadi rakan wanita ini akan mengirimkan mesej syahdu meminta bantuan. Jika dulu mereka menggunakan emel. Kini FB adalah media yang amat sesuai.Begitu juga jika anda wanita, jangan tergoda dengan rakan FB berwajah tampan.
- Kini, wujud pula ustaz yang meminta anda untuk
meluluskan permohonan menjadi rakan. Selepas dia diterima menjadi rakan
anda, ustaz ini akan mengirimkan mesej memohon bantuan kewangan untuk
menampung pengajiannya. Ayatnya memang syahdu kalau anda tidak meneliti dengan bijak maka anda pasti akan tertipu.
Kisah ini saya timbulkan kerana ada pengalaman yang menarik apabila seseorang meminta bantuan untuk meneruskan pengajiannya sejak Januari 2017. Ketika itu saya sedang menerima rawatan di hospital kerana pembedahan.
Namun pada 9 Julai lepas saya menerima sekali lagi mesej beliau. Apabila saya cuba menyiasat siapa dia, tetapi pada profil FBnya tidak boleh baca apa-apa maklumat tentang dirinya. Kalau dia seorang yang jujur sudah pasti saya boleh lihat gambar atau apa saja aktiviti di FBnya. Setelah saya membalas dengan mengatakan gagal melihat profilnya setengah jam kemudian saya dapati beliau telah membuat tindakan block saya. Saya juga tidak dapat mengirimkan lagi mesej ke FBnya. Perbuatannya telah menjelaskan ketidak jujurnya beliau.
Anda
boleh lakukan beberapa langkah keselamatan jika ingin aktif sebagai pengguna
FB. Misalnya lakukan privisi sahaja pada FB anda. Hanya rakan yang anda
fikir jujur sahaja boleh membaca FB itu. Sebab itu kepada anda yang aktif
dengan jumlah rakan yang melebihi dua ribu rakan maka langkah-langkah
keselamatan harus dilakukan. Misalnya kerap tukar no pin. Jangan biarkan
komputer sentiasa on.
Menghalang
rakan FB mengetag gambar atau posting adalah langkah bijak. Pendek kata usah
biarkan FB anda sentiasa terbuka seperti mana anda tidak kunci rumah atau
kereta.
Kerap
update gambar keluarga terutamanya anak-anak kecil juga amat merbahaya.
Tambahan dengan status “Sayang jangan
meragam ye.....papa tiada seminggu di rumah”. “Boy kerinduan pada papanya yang
telah berpindah tempat kerja baru”.
Potret
kereta anda dengan nombor pendaftaran juga merbahaya. Paparan rumah anda dengan
nombor rumah atau ciri-ciri rumah juga merbahaya. Tahukah kita siapa rakan FB
kita? Kita tak tahukan?
Itu
antara pengalaman saya yang mampu dikongsi dengan anda. FB boleh jadi positif. FB
mampu menjadi negatif. Maka keistimewaan anda boleh terserlah dalam FB. Malah
anda mampu mengumpul ramai rakan FB, tetapi anda tidak mampu mengumpul
rakan-rakan ketika berada dalam kesusahan.
Jangan
jadikan FB sebagai media boleh membawa bencana apabila anda tersalah posting
bersifat mengancam atau mengugut. Fikir baik-baik sebelum FB menjadi bahan
pemusnah.
Baca pautan yang berkaitan di Dunia Alam Maya: Media Sosial, Blog dan Laman Web
Baca pautan yang berkaitan di Dunia Alam Maya: Media Sosial, Blog dan Laman Web