Al Quran | Pengakuan Ikhlas Seorang Sahabat
Pagi tadi saya menulis begini di halaman FaceBook (FB) " Masih teringat kandungan khutbah semalam. Kalau ada org hina Quran, pijak dan membuang di tempat yg tidak sepatutnya semua umat Islam mengamuk. BAGUS kita bertindak mengamuk. Tetapi sedarkah kita bahawa telah lama mengabai Al Quran dengan tidak membaca, tidak menurut hukum yg terkandung di dalamnya. SAYA TERSENTAK! " Memang kandungan khutbah yang disampaikan oleh Khatib Masjid UKM menyentuh hati saya. Pada hemat saya setiap kali menjelang sambutan Nuzul Quran di mana-mana masjid akan menyentuh kepentingan membaca, memahami tafsiran, mengamal apa yang terkandung di Al Quran. Kehebatan Al Quran tidak dapat dipertikaikan lagi kerana Ia adalah Mukjizat terbesar yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulallah SAW. Kerana kehebatannya kalau ada orang yang menghina Al Quran pasti akan dikecam oleh seluruh umat Islam, Alhamdulillah. Saya masih ingat arwah emak walaupun beliau mampu mengajar saya mengaji Quran, na