10 Mei 2014: Saya hadir semalam di
Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, Kuala Kubu bahru (IKBN
Peretak), Selangor selaku Naib Yang DiPertua Persatuan Alumni IKBN
Peretak. Bukan sebagai Juri.
Tetapi penilaian saya terhadap
gambar-gambar yang dipamerkan oleh semua peserta (pelajar tahap 3 kursus
fotografi) tetap ada. Apabila saya ditanya oleh Pengarah IKBN Peretak
Tuan Haji Wan Salam bagaimana dengan mutu karya? Saya jawab, cukup
cemerlang!.
Sejak saya meninggalkan IKBN Peretak pada tahun
1977, inilah kali pertama saya dapat melihat sambil membuat penilaian
tidak rasmi. Kesemua karya mampu melonjakkan mutu fotografi di Malaysia.
Mereka datang dari hasil didikan tenaga pengajar yang terbaik. Mereka
menghasilkan karya dari bakat, ilmu dan kemampuan terbaik.
Seperti kata Tuan Haji Saari selaku Pegarah Bahagian Latihan Kementerian
Belia dan Sukan dalam ucapan perasmiannya, karya-karya seperti ini
perlu dibawa ke Kuala Lumpur dengan membuat pemeran di galeri seni yang
banyak di sana. Dengan cara begitu pelajar mampu mempromosi karya dan
diri mereka.
Menjadi orang yang berjaya adalah orang yang harus
berani mencari kelaianan, justeru menurut Haji Saari, pelajar harus
meneroka banyak bidang dalam fotografi dan bukan hanya terhad kepada
satu bidang sahaja.
Pada hemat saya, kerajaan, badan-badan
berautoriti perlu mengubah minda dengan hanya memikirkan orang luar dari
Malaysia lebih hebat. Kita ramai anak-anak muda yang mampu menghasilkan
karya foto terhebat. Kenapa kita perlu membelakang anak-anak tempatan
sedangkan kita telah melatih ramai anak-anak muda dengan jutaan ringgit
tetapi apabila memberikan projek besar orang luar yang dapat habuan?
Saya yang hadir bersama barisan ajk persatuan amat kagum dengan usaha
IKBN Peretak. Malahan kami yang terdiri dari alumni kursus fotografi
amat menyanjungi bakat yang ditunjukkan oleh adik-adik ini.
RaaiMan.
> Naib Yang DiPertuan Persatuan Alumni IKBN Peretak.
> Jurufoto Kanan, UKM.
> Ketua Hakim Anugerah Kewartawanan Foto 2014 anjuran Malaysian Press Institut
> Penceramah Fotografi | Penceramah Kursus Fotografi Forensik.
Langgan:
Catatan (Atom)
Selamat Berangkat Abang Mad
Terima kasih semua yang mendoakan buat perjalanan (dengan bas) saya pada malam Ahad hingga siang Ahad ke Kluang untuk menziarahi Allahyarh...

-
Oleh: Haji Abd. Raai bin Osman PJK: | KWSP Anda | Kenali Scammer | Kesihatan Dan Wang Setelah Bersara | Seorang yang pernah menjawat ...
-
Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Secara umumnya a...
-
Anda sering menghadapi masalah kewangan? Banyak hutang? Penyelesaiannya kita boleh lakukan dengan berbagai cara. Pinjam dengan koperasi, pin...