08 Februari 2014

Petikan dari Portal Berita UKM

Anggota PALAPES Mempunyai Kelebihan Antara Semua Pelajar 

Selasa, 11 Februari 2014 16:48
Cetak PDF
Oleh Raai Osman
Foto Raai Osman
BENTONG, 5 Feb 2014 - Pelajar yang menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) mempunyai kelebihan dari graduan lain kerana pengalaman ketenteraan yang mereka timba membolehkan mereka cemerlang di mana saja mereka berkhidmat.
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berbangga dengan pencapaian mereka ketika melawat khemah latihan Palapes UKM-USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) di sini hari ini. Pelatih itu baru sahaja selesai menjalini latihan tahunan mereka di Mempaga di sini hari ini.
Prof Noor Azlan selaku Komandan PALAPES UKM telah melawat kelima-lima khemah latihan enam hari mereka itu yang berakhir hari ini.
Khemah-khemah itu menempatkan tiga peringkat anggota kadet UKM–USIM ia itu Peringkat Awal, Menengah dan Senior.
Pegawai di peringkat Junior menjalani latihan hutan dan  ‘peperangan melawan gerila’ seperti mendudukki pengkalan hutan, ronda tinjau, serang hendap dan serangan khemah musuh.
Sementara diperingkat Intermediate dan Senior pula mereka melaksanakan empat fasa dalam Peperangan Terbuka (Conventional Warfare) iaitu fasa mara, pertahanan, berundur dan serangan.
Penilaian di tumpukan kepada peringkat pegawai kadet Senior kerana latihan mereka itu akan menentukan mereka lulus atau tidak untuk ditauliahkan di Hari Pentauliahan Pegawai Kadet PALAPES IPT pada Julai 2014 nanti.
Datuk Noor Azlan berkata pelajar yang menganggotai  PALAPES akan menjadi berjaya untuk menempuh cabaran.
Sekiranya cabaran keras di khemah itu mereka mampu lakukan, tidak mustahil mereka juga boleh lakukan seumpama di dunia luar kampus setelah tamat pengajian kelak. Beliau berharap agar masyarakat kampus dapat mengetahui mengenai PALAPES dan UKM dapat mengadakan satu program gempur kampus untuk memperkenalkan PALAPES kepada semua pelajar.
Turut hadir di upacara tersebut ialah Timbalan Komandan Prof Madya Shamsul Abadi dan Leftenen Kolonel PALAPES Mohd Sahar bin Haji Saidi.

 


Petikan dari: http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-kampus/1687-rotu-participants-have-competitive-advantage-over-other-students.html

Gempur Wira di Mempaga 2014

Seawal pukul 6.00 pagi pegawai muda kadet UKM telah bersiap sedia di sebuah ladang kelapa sawit Mempaga Pahang. Mereka menunggu arahan untuk mara dengan berjalan kaki sejauh 25km dalam masa tiga hari. Mereka telah bermalam sejak 31 Januari 2014 ketika itu adalah cuti umum Tahun Baru Cina.

8.00 pagi mereka mara ke jalan besar yang menghubungkan Mempaga ke Raub iaitu jalan alternatif ke Kelantan. Setiap seorang baik lelaki mahu pun wanita membawa bebanan seberat lebih kurang 10kg. Lebih berat bagi kadet yang membawa peralatan semboyan. Disamping itu mereka akan membawa senjata api paling ringan pun M16.

Tidak sampai 500 meter penulis mendengar bunyi tembakan senjata api. Pasukan yang berada di belakang sekali akan mengambil perlindungan dengan meniarap atau duduk di tepi jalan. Dari jauh kedengaran tembakan berbalas dengan tembakan sambil arahan mara untuk mengempur musuh.

Penulis yang ditugaskan membuat liputan bergambar dan berita betul-betul merasakan bagaikan berada di medan perang. Kenderaan 3 tan bergema membelah jalan raya yang sibuk dengan kereta yang balik bertemu keluarga sempena cuti umum itu. Ada yang seolah cemas melihat senario ini. Ada yang memberikan laluan kepada kadet. Paling mengharukan ada yang membunyikan hon tanda sokongan.

Selepas mereka berjaya menyerang atau bertahan dari musuh, Ketua Jurulatih (CI ), Leftenan Kolonel Mohd Sahar bin Haji Said akan membuat postmortem. Beliau akan mengulas apakah serang atau pertanhanan itu berjaya atau tidak.
Tahap kewaspadaan harus ada kerana musuh akan menyerang
pada bila-bila masa.

Mereka berjalan mara lagi dan serangan berlaku lagi. Sehinggalah tepat pukul 11.30 pagi mereka berhenti rehat di sebuah ladang kelapa sawit untuk makan tengahari. Bezanya makanan mereka dibekalkan oleh lori 3 tan yang membawa makanan itu dari Kem Mepaga. Tepat pukul 2 petang mereka bergerak lagi dan episod serang tetap berlaku sehinggalah pukul 4.00 petang mereka akan brhenti di sebuah ladang untuk bermalam dan menyambung kemaraan keesokkan hari.

Ketika berada di tempat berehat sebenarnya mereka masih menjalankan aktiviti untuk persiapan pada keesokkan hari. Arahan demi arahan akan disampaikan pada waktu malam disamping meredakan keletihan dan merawat anggota yang sakit atau cedera.

Jika pada Hari Raya Cina baru-baru inim anda melihat situasi ini, merka
hanya berlatih berjalan mara dan mempertahan diri dari serangan
musuh sahaja.






Itu adalah sebahagian gambaran mengenai latihan tahunan pegawai kadet Palapes UKM dan USIM yang telah diadakan di Mepaga pada 31 Januari hingga 5 Februari 2014. Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan. Junior, Intermidiate dan Senior.

Kumpulan Junior akan berada di dalam hutan Ulu Sungai Raub selama empat malam. Mereka akan menjalani latihan perang di dalam hutan dengan menyerang khemah musuh. Latihan ini telah disaksikan sendiri oleh Naib Canselor UKM selaku Komanden Kehormat pada pagi 4 Februari. Serangan ke khemah musuh disaksikan oleh Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali dalam suasana perang yang sebenar. Beliau begitu kagum dengan persembahan itu dan memberikan pujian kerana semangat yang ditunjukkan amat tinggi sekali.

Komanden Palapes UKM, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali
dan Timbalan Komanden Datuk Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat
 Manakala kumpulan kadet Intermidiate melakukan latihan berjalan mara seperti yang telah penulis ceritakan sebelum ini. Mereka akan menyerang kumpulan Senior seperti yang pernah saya catatkan tahun lepas di MISI PERANG (sila klik).

Andai ini peperangan yang sebenar?
 Prof Datuk Dr Noor Azlan telah melawat di semua lokasi latihan dan telah menunjukkan minat dan berjanji jika ada kelapangan masa, beliau akan turun untuk bermalam bersama-sama kadet di kem latihan tahunan ini.

Pada hemat penulis, latihan begini bukanlah mudah dilalukan kecuali bagi mereka yang kuat semangat sahaja yang mampu. Banyak dugaan yang harus ditempuhi. Soal kena marah, kena denda jika melakukan kesalahan adalah perkara lumrah. Menjaga senjata apai adalah perkara utama yang harus diambil berat. Kerana menurut Ketua Jurulatih, orang awam akan mengambil peluang mencuri jika kadet lalai!

Penulis bersama pasukan penguji dan pegawai Palapes UKM
















Bagi penulis, bertugas selam enam hari di Mempaga bukan sekadar merakam gambar dan merakam berita, namun inilah peluang penulis memahami bagaimana beratnya tugas anggota tentera dan berat juga menjadi Jurufoto di medan perang. Soal fobia bunyi senjata api adalah perkara utama yang harus dihilangkan. 





Takdir Allah

  Jika anda membaca status saya tentang hubungan anak, isteri, suadara mara bukan bermaksud saya ada masalah dengan mereka. Mereka tiada mas...