Saya nak sambung mengenai bengkel yang telah diadakan oleh Jurufoto dalam Perhidmatan Awam. Kalau yang agak masih diperingkat usul dan ura-ura tak maulah saya tulis. Bukan apa kuatir menjadi rasmi pula. Kerana apa yang bincang dalam pertemuan ini ialah masih dalam proses untuk memurnikan lagi. Komuniti kami besar sebenarnya. Namun keahlian dalam sati-satu agensi masih kecil. Jurufoto di RTM, Bernama, Jabatan Penerangan boleh dikatakan mempunyai jumlah penjawat yang ramai. Mereka agak tersusun tetapi bagi agensi lain sperti IPTA, dan badan-badan berkanun lain agak kurang. Misal UKM mempunyai hanya 14 orang Jurufoto. Itu pun ditempatkan diperbagai fakulti dan jabatan. Sebab itu kami bentuk persatuan yang mana pada masa akan datang ia akan menjadi kesatuan dengan matlamat nak menjaga kebajikan ahli-ahli. Memang ada jurufoto yang menganggotai kesatuan di agensi masing-masing tetapi dengan wujudnya kesatuan jurufoto adalah diimpikan agar semua ahli boleh berkomunikasi dalam satu komunit