30 Januari 2010

Sampah dan Tong Sampah- Mohon Majlis Perbandaran Sepang ambil perhatian

Sampah oh sampah. Geli pula nak diceritakan di sini. Tapi apa boleh buat inilah hakikatnya apa yang berlaku di kawasan rumah kami di Taman Desa Sentosa Fasa 2, Teras Jernang dalam penguasaan Majlis Perbandaran Sepang (MPS).

Apa yang ingin saya ketengahnya di sini ialah keadaan tong-tong sampah yang telah rosak dan tidak digantikan oleh MPS. Semua tong-tong sampah telah pecah, menyebabkan sampah berselerak dan mencemarkan keadaan taman. Keadaan ini menjadi lebih sukar kerana terdapat parit berhampiran di blok Jasmine. Parit ini mengalir ke Sungai Langat. Apa yang akan terjadi jikalau tidak diatasi dengan segera.

Kemana perginya wang cukai pintu yang kami bayar setiap tahun lebih dari seratus ringgit?  Kawan-kawan setaman sudah keciwa dengan MPS kerana  gagal mengatasi masalah ini. Keadaan ini telah dilapurkan kepada MPS, namun tidak ada tindakan dilakukan oleh mereka. Saya  merayu agar pihak MPS dapat menyelesaikan masalah ini. Justeru, saya mengharabkan kalau-kalau ada pihak berkuasa MPS membaca rungutan ini dapatlah memberikan pertimbangan yang sepatutnya.


Sila klik foto untuk memperolehi imej lebih besar.
Sila klik untuk lihat aduan yang sama

26 Januari 2010

Anak Yatim dan Orang-Orang Tua.


Sudah menjadi perkara biasa apabila berjalan-jalan di mana-mana sahaja kita akan bertemu dengan kumpulan atau individu membawa tabung atau surat meminta derma atau sedekah untuk tabung anak-anak yatim dan orang-orang tua.

Saya ingin memetik satu tulisan;  "Rasulullah SAW bersabda dalam hadits yang sangat banyak tentang anjuran bersedekah. Salah satu hadits yang dikemukakan oleh Imam Ali kw, Rasulullah SAW bersabda, “Barang yang disedekahkan apabila telah lepas dari yang memberi, ketika akan sampai pada tangan penerima, dia mengucapkan lima kalimat.....(baca seterusnya di blog berikut Sila klik ).

Kenapa masih wujud kumpulan atau individu seperti ini?

Sabtu lepas saya sempat berbual dengan sorang Ustaz yang sudah dikenali sekian lama membuat kutipan sedekah di Bangi.

Menguruskan Rumah Anak-Anak Yatim dan Orang-Orang Tua banyak cabarannya menurut Ustaz Ismail (bukan nama sebenar).

"Walaupun kerajaan ada membantu, namun kami perlu mencari sendiri untuk menampung keperluan mereka ", kata Ustaz Ismail.

Menurut Ustaz Ismail, anak-anak yatim ini akan dihantar ke sekolah untuk memperolehi  pendidikan mereka. Wang saku sebanyak RM2.00 akan dibekalkan. Belanja menguruskan keperluan harian anak-anak yatim dan orang-orang tua dalam lingkungan RM13 ribu sebulan. Justeru belanja menguruskan akan dipenuhi dengan berbagai kaedah yang sah di sisi undang-undang negara.

" Kami tidak mengadakan program peniagaan kepada anak-anak yatim. Kami tidak mahu anak-anak ini leka dengan kesenangan apabila sudah pandai mencari wang. Apabila sudah pandai mencari wang  kami kuatir anak-anak ini akan terjebak dengan aktiviti tidak baik", terang Ustaz Ismail.

Beliau bersyukur kerana terdapat individu-individu yang memberi sumbangan berbentuk wang, tanah untuk diwakafkan di rumah anak-anak yatim kelolaannya.

Namun, Ustaz Ismail melahirkan rasa kesal dan keciwa apabila beliau dikaitkan dengan kumpulan yang menggunakan anak-anak yatim untuk menjual beberapa produk di tempat-tempat awam. Malahan terdapat orang-orang tertentu yang mengambil kesempatan untuk mengumpul wang dengan menggunakan nama anak yatim.

Beliau selaku penggerak kerja-kerja amal ini pernah menyiasat kegiatan mereka dan terbukti mereka memang mempergunakan  anak yatim dan orang-orang tua untuk menghalalkan cara. Menurut Ustaz Ismail, beliau pernah didatangi oleh pihak berkuasa, namun kerjanya mengikut peraturan yang betul maka terselamat dari tindakkan undang-undang.

Selama 30 minit berbual dengan Ustaz Ismail saya dapat melihat bagaimana keberkatan usaha beliau. Terdapat sebuah keluarga yang menghulurkan sedekah menerusi dua orang mereka. Pada fikiran saya matlamat ayah dan ibu anak-anak itu ialah dengan harapan agar Allah tidak menjadikan anaknya sebagai anak yatim. Disamping itu keluarga itu ingin mendidik anak-anaknya agar prihatin terhadap kesusahan orang lain.

Sambil menghidupkan enjin kereta, saya mengangkat tangan selamat tinggal kepada Ustaz Ismail sambil bersyukur walaupun empat puluh satu tahun dahulu pernah menjadi anak yatim selepas kematian ayah, kini hasil rezeki yang ada mampu menghulurkan sedikit bantuan untuk adik-adik yang senasib saya. Mudah-mudahan kehidupan kita dihari tua selesa dan bahagia.

Pautan berkaitan Haruskan begini




Selamat Berangkat Abang Mad

  Terima kasih semua yang mendoakan buat perjalanan (dengan bas) saya pada malam Ahad hingga siang Ahad ke Kluang untuk menziarahi Allahyarh...